Bahagian 1
Sabtu lepas kami ke rumah kawan kami, Fadzal. Dia jemput kami datang rumah sambut birthday anak dia. Nak pergi rumah dia kena pakai baju bertema - baju warna pink untuk perempuan, dan baju warna hitam untuk lelaki. Aku rasa konsep pink dan hitam ni datang dari warna air bandung bercincau. Okaylah. Kami pun berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan dan terus menuju ke destinasi.
|
Di sinilah bermulanya party happy birthday. |
|
Khemah dipasang, tetamu juga ramai yang datang. |
Sesampai di sana, kami nengok orang dah berduyun-duyun datang. Masing-masing berpakaian baju warna pink dan hitam. Telah terpasang beberapa buah khemah yang besar merentang jalan. Memang agak gah dan grand. Boleh dikategorikan besar-besaran jugaklah. Sangat selesa kami yang datang ke sana. Aku dan keluarga terus mendapatkan makanan yang pelbagai rupa dan rasa. Ada laksa utara, ada kuih-muih, ada ice-blended, ada roti jala, dan macam-macam lagi makanan ekzotik seperti belon pink masak asam pedas, riben hitam masak cili, dan air bandung yang diimport dari Bandung, Indonesia. Makanan yang ringan-ringan, tetapi cukup menyelerakan.
|
Menikmati keenakan pulut panggang. |
Anak-anak diberi topi kon sorang satu. Tapi anak-anak aku sorang pun tak nak pakai topi tu. Mereka lebih suka pakai kon jalan yang warna oren tu. Amier pulak entah kenapa mood dia agak off sikit petang tu. Muka monyok aje. Kami nak borak-borak dengan kawan-kawan pun terganggu. Lepas dah layan Amier, barulah boleh kami teruskan bergebang.
|
Amier cuma layan roti jala tanpa kuah. Enam ketul roti jala Amier bedal. |
|
Sessi makan masih berterusan. |
|
Hanif sedang terkagum mendengar abang Hashim bercerita pengalamannya masa zaman Jepun dulu. |
|
Bersama Ratu. |
|
Keluarga Sani. |
Ramai jugak kengkawan yang datang. Masing-masing hadir untuk memeriahkan lagi suasana yang memang telah sedia meriah. Kanak-kanak dihiburkan dengan aksi badut dan permainan santai. Mak bapak berborak sakanlah.
|
G-Ha bercerita cara menggoreng keropok menggunakan minyak petrol kat off-shore. |
|
Kawan Facebook isteriku. |
|
Empat sekawan yang akrab. |
|
Empat sekawan yang akrab bergambar lagi. |
|
Wanie pakai topi kon dengan perasaan sedih, kerana terpaksa. Akulah yang paksa... |
|
Hafiz dan Zack bercadang nak habiskan semua makanan terhidang. |
Pada penghujung acara, Fadzal ada membuat acara cabutan bertuah untuk kanak-kanak. Banyaklah hadiah yang lumayan telah dibagi kepada kanak-kanak yang bernasib baik. Hadiah utama (grand prize) adalah kereta BMW yang hebat. Ketika nombor dipanggil untuk pemenang bertuah kategori hadiah utama ni, terkeluar pulaklah nombor Fadzal sendiri. Jadi kereta BMW tu balik semulalah kat tuan dia sendiri. Fadzal menghela nafas panjang dalam kelegaan.
|
Fadzal mengagih-agihkan hadiah kepada pemenang bertuah. |
|
"Dan pemenang bagi hadiah kereta BMW adalah..... saya sendiri!!! Tahniah untuk saya!!!" |
Kek harijadi kali ni sangat hebat. Tiga tingkat tingginya. Masa tukang buat kek tu nak buat kek, dia siap kena pakai lori kren nak siapkan kek yang hebat ni. Rasa kek ni jugak sangat sedap. Tapi masa aku nak ambil gambar kek ni, dah tinggal dua tingkat aje. Tingkat yang paling atas sekali tu dah kena potong kot.
|
Kek tiga tingkat yang tingginya hampir menyamai ketinggian KLCC. |
|
Bergambar bersama sebelum pulang. |
|
Sungguh-sungguh anak Zack tak nak nengok kamera aku. |
Kawan-kawan kami yang agak terlewat datang ialah Zack dan Hafiz. Ditanya kenapa mereka datang lambat, pasal rupanya mereka dah ikat kontrak dengan Fadzal untuk bekerja di sektor dapur - cuci-mencuci pinggan. Okaylah, kami pulak tak dapat tunggu lama untuk membantu. Setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, kami pun terus balik meninggalkan Zack dan Hafiz melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi dan bersemangat. Terima kasih kepada Fadzal. Dan selamat hari lahir kepada anak perempuan Fadzal.
|
Zack membuat aksi pelik tetapi benar. |
|
Kenapa lidah Zack terkeluar panjang? Sebab dia nak tangkap lalat! |
|
Bapa dan anak. |
|
Bergambar dengan birthday girl. |
|
Terima kasih Fadzal. |
No comments:
Post a Comment