Ia berlaku minggu lepas. Waktu tu kami memang dalam keadaan tergesa-gesa untuk print drawing untuk disiapkan pada petang tu jugak. Semua drawing telah siap dilukis pakai komputer. Tinggal nak print aje. Satu-satu drawing di-print dengan berjaya. Hasilnya jugak agak memuaskan. Tiba-tiba mesin berbunyi perlahan. Grung grang grung grang. "Ahhh! Pedulikan. Teruskan print", kataku kepada stafku. Bunyi tadi semakin kuat. Gedegong gedegang gedegong gedegang!! "Terrrussss! Jangan toleh ke belakang", aku memberikan arahan. Dan bunyi itu bertambah-tambah lagi kuat hingga bergegar mesin itu yang turut menggegarkan seluruh bangunan tempat kami bekerja. Orang ramai kat tingkat bawah siap keluar bangunan takut-takut itu adalah gempa bumi. Pada hal ia sekadar gegaran dari mesin cetak kami. GEDEBUANG GEDEBUANG GEDEBUANG!!! Ia berbunyi sedemikian ketika tiba ke beberapa helaian yang terakhir. Dan mesin terus terhenti secara mendadak. Bila kami nengok, belt dia dah putus kerana keadaannya dah terlalu teruk.
Kerja tak dapat disiapkan. Kat mana kami nak print semua drawing yang tertinggal tu? Akhirnya Azni bagi cadangan untuk tumpang print kat ofis konsultan lain. Aku setuju. Dan tugasan dapat diselesaikan denagn selamat dan jayanya.
Sedang membuat kajian, apa yang sebenarnya berlaku. |
Keesokan harinya kami panggil orang repair plotter datang. Dia pun nengok. "Oooohhhhh... dia punya belt sudah putus. Lu ada selophane tape ah? Sekali tampal sudah kaw tim laaaa..." Kami tak puas hati. Kami mau dia ganti terus belt yang putus tu. Dia setuju dan mulalah menggantikan belt yang putus dalam masa yang singkat. "Itu belt ah, setiap 50 kilometer mesti kasi tukar. Kalau tak ah, lu nanti susah oohh..." kata pembetul plotter itu tadi. Yalah tu. Kami diberi bill untuk dijelaskan. Sebelum pergi, orang tadi sempat kasi nasihat, "Lu kalau mau itu mesin print kasi laju ah, kasi pasang itu turbo laaa. Lagi taruh spoiler. Baru cuunnn maaaa..." Okay, bye-bye, kata kami.
Azmi, Ahmad dan Fadli terkagum dengan penerangan mamat repair plotter tu mengenai sejarah penciptaan mesin cetak sejak zaman dinosaur lagi. |
No comments:
Post a Comment