Bahagian 1
Hj Kuchai telah dianugerahi gelaran Dato' dari Pahang tak berapa lama dulu. Sekarang beliau dah bergelar Dato' Hj Kuchai. Lalu rakan-rakan sekolah lama beliau di MRSM Kota Bahru atau digelar WATTOP, memberikan ucapan tahniah setinggi gunung atas pencapaian yang bukan calang-calang orang mampu memperolehinya. Dan secara sepontan, Hj Roy mencadangkan pencapaian ini harus diraikan besar-besaran di kalangan Wattopers. Dan tukang sponsor-nya ialah Dato' Hj Kuchai sendiri. Ohhhh... patutlah puji dulu, jack dulu, baru mintak belanja... He he he. Strategi ini menjadi. Lalu Dato' Hj Kuchai juga bersetuju untuk membelanja kami semua di sebuah restoran Arab bernama Tajine. Plan asal nak buat kat negeri Arab betul-betul. Tapi kira-kira balik campur tambang, nak siapkan pasport lagi, akhirnya kira settle kat KL ajelah. Pun okay jugak. Janji ada yang nak sponsor.
|
Inilah Restoran Tajine yang betul. |
|
Ini pulak ialah signboard Restoran Tajine yang asli. |
Mus Boboque telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Dan dengan pengalaman selama hampir 30 tahun dalam arena pengendalian majlis, maka segalanya telah berjalan dengan sangat lancar seperti yang telah dirancangkan. Dan ahli Wattop yang telah berjaya dikumpulkan ada seramai lebih 60 orang. Ramai jugak tu! Tapi aku tak sempat pulak nak menghitung jumlah sebenar yang datang. Acara yang dirancang secara sepontan melalui emel ini telah begitu pantas mendapat feedback positif dari ahli-ahli Wattop. Dari sepuluh kepada dua puluh, tiga dan empat puluh sampailah melepasi angka enam puluh! Semua terancang dalam masa seminggu lebih kurang. Memang hebat!
|
Kader paling last sampai. Tak taulah pulak kalau ada yang lagi lewat dari Kader, pasal aku dah chow awal. |
Aku pulak sebenarnya tak perasan yang majlis tu nak dibuat pada hari Satu baru ni. Ingatkan lambat lagi. Hinggalah kawan kami, Pau maklumkan pada aku. Baru aku kelam kabut maklumkan pada Mus Boboque bahawa aku pun nak join sama. Terima kasih Pau kerana inagatkan aku.
|
Chaan datang lebih lewat dari aku. Tengah lapar dan nak cari makan. |
Aku keluar rumah lepas maghrib. Masa tu dekat jam 8.30 malam. Sebelum tu aku dah nengok kat Google lokasi Restoran Tajine ni. Aku nampak ada sebijik kat Jalan Bukit Bintang. Lalu aku pun terus bawak kereta menuju ke sana. Jalan nak keluar punyalah jam teruk. Sampai kat kawasan Bukit Bintang, lagilah ramai orang dan jam. Dalam hati aku terfikir, biar betul diorang buat majlis kat tempat sesak macam ni. Nak parking kereta pun susah bukan main. Lalu akhirnya aku masuk ke dalam bangunan Standard Chartered dan parking kat tingkat 7. Kena bayar RM5.00 per entry. Dan menapak agak jauh untuk tiba kat Restoran Tajine Jalan Bukit Bintang. Sampai kat sana, aku terus masuk dan order kambing golek 3 ekor, bersama nasi Arabia al-Jazeera lima pinggan. Setelah kenyang makan kat situ sampai tersandar, barulah aku perasan sesuatu. Eh! Mana pulak kengkawan aku yang lain. Sorang ahli Wattop pun tak ada!
Aku call Pau lagi. "Pau, kat mana tempat restoran yang buat gathering tu? Aku tak jumpalah!" "Engko kat mana?" tanya Pau. "Aku kat Bukit Bintang". "Engko kena pergi KLCC dulu. Dari KLCC engko naik teksi pergi KLIA, naik kapalterbang hala ke selatan. Pas tu naik pulak bas hala ke utara balik sampai engko jumpa Jalan Tun Razak. Tapi engko jangan pulak cari Tun Razak! Dia dah lama dah meninggal. Engko pergi ikut jalan belakang. Bukan Jalan Hj Taib lah... Ikut Jalan Inai. Terus lagi sampai engko nampak muka Mus Boboque sedang tersengih kat pintu depan. Itulah dia tempat dia!" "Okay. Terima kasih, Pau".
Aku ikut sebijik-sebijik arahan Pau sampailah aku sampai kat Restoran Tajine yang betul kira-kira jam 9.40 malam. Jarak dari Ampang Jaya ke situ memang dekat. Tapi salah jalan punya pasal, lebih sejam baru aku sampai. Tapi syukur, masih diberi kesempatan bertemu kengkawan yang dah cukup lama aku tak jumpa. Kepada Dato' Hj Kuchai, tahniah setinggi-tingginya dan terima kasih kerana belanja kami makan malam tu.
|
Azli Ramzah dan Mazeli yang jugak tiba lambat makan apa yang tinggal ajelah. |
|
Megat buat isyarat "good". Tak taulah apa yang good, makanan dia, atau majlis dia, atau ada benda-benda lain... |
|
"Ana dulu hisap paip air laaa. Sekarang ana sudah tukar. Ana hisap ini paip kayu pulak laaa.." kata Roy. |
|
Mazeli baru sampai. Kelang banjir ke? |
|
Madi menangkap tangan Azhar Kong dan menguncinya dengan mangga. |
|
Mael Shah maintain cool... |
|
"Aku tengok perut kau ke depan, dahi makin luas. Apa cerita ni bro?" kata Tengku kepada Zaki. |
|
"Macamlah aku tak tau, kau pakai kupiah pasal dahi kau pun luas macam aku jugak kan, kan, kaaannnnn..." balas Zaki. |
|
Rafi terpaksa kerja extra hour sebagai bouncer menjaga pintu masuk belakang ke Restoran Tajine. |
|
Pok Me dan Azli Ramzah. |
|
Jeli Hashim, Chaan dan Nyok. "Chaan, janganlah letak tangan you kat bahu I. Geli laaahhh..." |
|
Mat Keri dan Mat Jeng Kuda. |
No comments:
Post a Comment