Bila dapat aje undangan untuk ke majlis perkahwinan seorang teman, Encik Saif mengahwinkan anak, aku cukup gembira, pasal majlis itu diadakan di Dewan Merak Kayangan, Felda. Ada harapanlah nak merasa makan daging burung merak panggang, fikir aku.
Patut kami pergi lebih awal, tapi mungkin siang tu aku sedikit penat pasal paginya main tenis kat Titiwangsa, jadi kami bertolak selepas zuhur. Dan sampai ke tempat majlis kira-kira jam 3.00 petang. Masa tu orang masih ramai lagi. Dan perut kami pun tengah memberontak kelaparan. Bau nasi minyak hujan panas cukup menyelerakan dan telah membuka selera kami untuk segera menjamah dan memamah makanan yang terhidang. Mengiringi nasi minyak ialah ayam masak merah, rendang daging, pajeri nanas, papadom dan dalca. Semuanya enak-enak belaka. Dan rasanya semakin enak tatkala dimakan ketika lapar.
|
Masakannya sangat enak. |
|
Semua orang berselera makan. |
Setelah menyuap nasi ke mulut, barulah aku perasan, mana daging burung merak panggangnya? Aku cari ke segenap penjuru dewan, malah sampai ke dapur semata-mata untuk mengetahui bagaimanakah rasanya daging burung merak tu. Tapi pencarianku berakhir dengan kehampaan. Aku telah diberi tahu oleh pak guard kat bangunan Felda tu bahawa selama ni pun memang tak pernah ada hidangan yang berupa masakan burung merak panggang kat situ. Nama Merak Kayangan itu hanyalah satu gimmick untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke situ bagi meningkatkan populariti dewan itu. Aku agak kecewa, tapi terpaksa akur. Dan kami juga diberi tahu bahawa untuk tempah dewan tu, perlu ambil masa kurang-kurang 6 bulan. Dan ada kalanya sampai beberapa dekad, baru boleh dapat tempat. Begitu popular sekali Dewan Merak Kayangan ni!
|
Sam sedang ambil makanan. |
|
Sam gembira pasal dapat makan ketika lapar. |
Kekecewaan aku terubat juga bila mendapat segelas air teh tarik yang kaw. Dan lain-lain pencuci mulut termasuklah buah-buahan, kuih muih dan tisu sapu tangan dan sapu mulut. Kami turut terserempak dengan teman-teman lain seperti Sam dan Umar. Lepas makan, kami terus beredar tanpa bersalaman dengan tuan rumah pasal dia tengah solat. Kirim salam ajelah dan jutaan terima kasih di atas jemputan itu.
|
Umar pun hadir sama. |
No comments:
Post a Comment