m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 1, 2012

Fadzal dan warna pink dan hitam: Badut yang kelakar

Bahagian 2

Pada majlis hari jadi anak Fadzal Sabtu minggu lepas bukan saja ada acara makan-makan, tapi jugak ada badut yang tukang menghiburkan kanak-kanak yang datang. Nama badut tu ialah Awang De Clown. Muka dia aku pun tak tau hensem ke tak, pasal make-up badut dia terlalu tebal sampai menyembunyikan wajah sebenar dia. Tapi....walaupun muka mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...

Ini adalah beg rahsia Awang. Tak taulah apa benda yang disimpan kat dalam ni.
Masa kami sampai, si Awang tengah sibuk melayan anak-anak. Dia mengendalikan game yang macam-macam. Kanak-kanak memang suka betul. Ketawa terbahak-bahak melihat tingkah Awang dan sering jugak Awang berloyar buruk kat kanak-kanak. Tapi kanak-kanak tak kisah. Mereka nampak happy aje sepanjang masa.

Awang berinteraksi dengan kanak-kanak.
Bercerita dan bermain adalah tugasan yang telah diberikan kepada Awang.
Kanak-kanak terpukau dengan keletah Awang.
Awang mengajar cara kencing gaya anjing.
Sedang mengikut tingkah laku Awang.
Selain dari badut bernama Awang, ada jugak aktiviti menconteng / menghias wajah yang dilakukan oleh dua orang artis grafiti jalanan. Mereka ni sangat pakar memberi impak pelbagai ke atas wajah kanak-kanak yang menyanggupi wajah mereka diconteng. Boleh tukar muka jadi hensem macam Aaron Aziz atau jadi macam artis hangat seperti Neelofa. Tapi budak-budak lebih suka kalau wajah mereka dihias dengan karaktor-karaktor fantasi. Tapi dengar cerita brader yang conteng muka orang tu tersalah bawak cat. Dia terpakai cat permanent yang tak boleh dicuci kot. Hmmmmm.... aku pun tak tau. Nanti kena check balik dengan Fadzal. He he he... Anyway, majlis harijadi hari tu memang happening dan colourful sangat. Sekali lagi terima kasih kepada Fadzal dan keluarganya kerana menjemput kami.

"Kuning, pink, biru, lepas ni purple, merah, oren, hijau, cokelat... Alamak! Macam rainbow pulak!"
Adik ni tahan nafas terlalu lama sampai naik biru muka dia.
Yana dengan wajah ala-ala rama-rama, eh tak, burung kot, atau jari kaki orang...  Apa-apa ajelah, janji comel.

2 comments:

  1. nk tanya la...awang nie area KL ke?
    RM berapa erk die cas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, rasanya dari KL jugak kot. Apa-apa pun paling tepat memang kena tanya Awang sendiri guna no hp: 017-311 7113

      Delete