Bahagian 3 (Akhir)
Persembahan teater selanjutnya yang aku ceburi ketika bersama Astheg ialah suatu persembahan sempena Bengkel Senibina pada Februari 1992. Tajuk teater tu ialah "The Conference of the Birds" karya Attar. Cerita dia punyalah abstrak dan banyak falsafah yang tersirat. Satu habuk pun aku tak faham. Dialog aku sendiri yang cuma beberapa ayat aje tu pun aku tak faham. Sampaikan bila time show, aku lupa dialog dan main hantam ajelah labu! Masa ni kitorang kena jadi burung. Baju burung masing-masing buat sendiri. Aku pun kena buat baju sendiri jugak.
Depan (dari kiri): Nik Fazlin, Sufina, Afifah, Elyna, Hezlin, Azlina, Vivi, Kit. Belakang (dari kiri): Noris, Adi, Syed Nabil, Shadatul, Aslinda, Git, Azlan. |
Tapi, dalam banyak-banyak teater yang aku berlakon, yang paling susah sekali bagi aku ialah teater bertajuk "The Keris". Kali ni aku diberi watak sebagai Hang Tuah, bukan Hang Dah Tua, ya... Jadi dialog aku banyak sikitlah dari biasa. Drama ni memang betul-betul punya serius. Raut muka tu kena selalu serius macam nak makan orang. Barulah dapat dia punya feel. Yang susahnya sebab aku kena bersilat dengan Hang Jebat yang dilakonkan olah Syed Nabil. Letih aku belajar silat dari kawan aku Yuzri. Aku jugak nengok aksi silat pensyarah kami Saifuddin dalam video untuk dapatkan gerak dia biar tak nampak terlalu sumbang. Maklumlah, aku memang tak ada asas silat langsung. Kalau gusti WWE tu adalah sikit-sikit. Dan yang lebih susah ialah kena bersilat sambil berpuisi dalam bahasa Inggeris. Pergh! Berpeluh-peluh ketika aku berlatih dan berlakon. Dan ada jugak masa aku bersilat dengan Nabil, siap salah rentak sampai nampak macam berlakon aje (walaupun kami memang betul-betul berlakon). Itulah penglibatan aku yang terakhir dalam teater bersama Astheg. Lepas tu aku lebih fokus untuk habiskan tesis aku sebelum aku graduate.
Teater "The Keris" ini dipersembahkan pada 21 & 22 September 1993. Eh! Hari jadi aku tu... Aku pun tak perasan. Feedback dari penonton, diorang kata lebih suka teater jenis muzikal. Lebih menghiburkan. Yang ni nampak berat sangat. Maklumlah, mentang-mentang badan aku memang berat. Any way, penglibatan aku dalam teater tak tamat di universiti aje. Nantikanlah kisah selanjutnya ketika aku dah lepas dari tembok menara gading...
Poster oleh Fawazart. |
Depan (dari kiri): Syed Nabil, Hazmi, Yuzri, En Jak (pengarah). Belakang (dari kiri): Adi, Adrina, Anis, Noris, Ramzi. |
Dari kiri: Adi, Noris, Syed Nabil dan Ramzi. |
Depan (dari kiri): Anis, Adrina, Noris, Syed Nabil, Adi, Hazmi, Ramzi. Belakang: Zita, Paulina. |
No comments:
Post a Comment