Bahagian 2
Aku sampai kat tempat majlis meraikan Dato' Hj Kuchai di Restoran Tajine pada kira-kira jam 9.40 malam. Masa tu makanan kat tempat buffet dah surut. Kambing golek pun dah tinggal tulang jer. Untuk ambil berkat, aku pun gigitlah tulang tu sambil mengembek sekuat hati pada malam yang hening itu. Setelah bertawaf untuk bersalaman dengan semua rakan-rakan Wattopers, aku pun cari tempat duduk. Ambil ayam potong dua tiga ketul, ambil buah, salad dan kuih dessert serta kopi Arab, lalu duduk diam-diam makan dan minum sampai habis. Kebetulan aku pun dan bersantap dulu kat rumah sebelum datang ke sini. Jadi masa aku datang tu dengan perut kenyanglah. Makan minum dah jadi perkara kedua. Yang penting dapat jumpa kengkawan lama yang terhimpun sebegitu ramai pada malam tu.
Aku ingat aku yang paling last sampai. Rupa-rupanya lepas aku sampai, tiba pulak Chaan, Azli Ramzah, Mazeli, Azhar Kong dan Kader. Masa Kader datang, siap dapat tepukan gemuruh dan standing ovation lagi pulak tu, being the last to make special appearance kat majlis tu.
Wen dan Nuar. |
Kapok sedang asyik bercerita pasal jenis-jenis kambing di benua Arab. |
Aku sebenarnya agak kagum jugak dengan jumlah teman-teman yang datang walaupun diberi notis singkat. Ada yang datang dari Kelantan macam Madi, dari Terengganu macam Nasar Penyu, dari Sarawak macam Zaki, dari Ampang macam aku. Itu aku tak cerita lagi pasal kawan kami yang datang dari planet Pluto naik space shuttle ke KL semata-mata nak jumpa kengkawan semua. In fact malam tu jugak dia kena balik ke Pluto pasal esok harinya kerja. Tapi tak payahlah aku cerita siapa dia kan. Adalaaahhh...
Dato' Hj Kuchai (orang yang diraikan), Pok Hair da JJ. |
Jeli Hashim (bukan jelly kelapa) dan Nyok. |
Dalam dewan Tajine memang agak panas pasal tak ada air-cond. Tapi perbualan antara rakan-rakan sebaya lebih panas lagi berkisar segala macam aspek dan tajuk dari soal keluarga, soal kerja, politik, resipi masak asam pedas, hinggalah ke subjek-subjek berkenaan ilmu hisab, kajian tempatan, add math dan kimia. Pokok pangkalnya ada saja topik yang nak dibualkan.
Muzmi Bulu dan Hazli. |
Che Hab sedang menikmati juadah (bukan apa kejadah). |
Tapi sebelum tu, Dato' Hj Kuchai telah memberi ucapan yang serba ringkas dan teratur kepada hadirin yang hadir. Tapi masa tu aku tengah tersesat kat Kuala Lumpur. Maklumlah, orang Ampang jarang datang KL. (Yalah tu). Tapi aku imagine mungkin Dato' Hj Kuchai bercakap macam ni:
"Kepada Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk yang hadir pada malam ini, saya ingin merakamkan, sebuah lagu dalam album, eh, maaf, maksud saya ingin merakamkan rasa syukur ke haderat Ilahi kerana kesempatan yang hebat ini yang telah diberikan kepada kita semua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat saya kerana telah menyokong saya selama ini. Tanpa anda, siapalah saya. Dan seterusnya..." (Aku agak aje macam tu bunyi dia).
Jenal dan Joya. |
Izam Belon dan Jehe (yang aku tak berapa cam pada mulanya). |
Kebanyakan wajah aku masih boleh kenal walaupun dah lama terpisah. Tapi ada jugak yang aku tak berapa nak cam. Antaranya ialah Azhan Ahmad @ Jehe. Sorry bro. Mata aku dah blur sikit kot. Ada yang menyimpan janggut semakin panjang. Ada yang membela perut semakin ke depan. Ada pulak yang dah pasang lebih bateri untuk bagi power lagi lampu kat kepala. Dan ada yang masih maintain dara!
Wak Halim Buntal bagaikan pendekar sakti menceritakan kepada Bujang Lapok detik cemas ketika bersilat dengan geng Ahmad Nesfu di jeti. |
Rushdan dan Mus Boboque. |
Tatkala kengkawan rancak berbual, aku pun berbual jugak. Tapi semua orang tau yang aku ni bukan kaki borak sangat. Cakap satu topik, kejap aje dah tamat. Tak reti nak panjang-panjangkan cerita supaya perbualan lebih menarik dan berlangsungan. Sebab tulah aku tulis blog aje. Korang pun tau aku memang minat menulis sejak sekolah lagi.
KD, orang kanan Dato' Hj Kuchai. |
"Tengok ini time, apasal engko datang lambat?" Mus Boboque memarahi aku yang tiba lewat. |
Chud yang riang. Ada tanda-tanda nak dapat Datuk jugak rasanya. |
Kira-kira jam 11.30 malam aku minta diri untuk balik. Lesen aku expired awal. Tapi Joya dah balik lagi awal dari aku. Diikuti Megat. Lepas bersalaman dengan semua orang, termasuk tukang cuci tandas kat restoran tu, aku pun mengundurkan diri. Bukan jalan mengundur! Puas hati aku dapat jumpa geng-geng lama. Ada di kalangan kengkawan MRSM-KB aku ni yang sama-sama belajar kat Amerika, dan kat UTM. Aku nengok bond kami ni (bukan Bond Azmi Che Pa) memang kuat dan semoga berkekalan macam tu. Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada Dato' Hj Kuchai. Terima kasih kepada Mus Boboque yang organise majlis. Terima kasih Pau yang bagi mesej kat aku. Terima kasih kepada semua Wattopers. Jumpa lagi di masa dan tempat yang lain pulak. Adios amigos!
Joe, cool menghisap rokok yang tersimpan lama sejak form 5 dulu. |
Madi, aku rasa geng Wattop yang paling tinggi sekali kot. Pun dah start hisap paip. |
Hisham Gendut yang dah kurus dan Halim Petai yang selalu wangi. |
Excellent, bro, excellent !
ReplyDelete