Setelah bermain satu set dan tumpas 2-6 kepada Foong & abang Aziz, aku rehat kerana kepenatan. Foong yang dari tadi memerhati gaya aku bermain memberi sedikit nasihat. "You main banyak guna tenaga dalaman. Itu macam cepat penat laaa. Cuma swing saja. You tengok itu budak kecik pun pukul boleh laju." Ini dah kali keempat orang tegur cara aku pukul bola. Kali pertama coach aku, Choon Boo cakap aku terlalu "kancheong" pukul bola sepenuh kederat. Sebenarnya tak perlu pun. Lepas tu coach aku lagi sorang, Mr Gan (bapak kepada Choon Boo) kata tak perlu spin lebih-lebih. "Guide the ball, don't hit the ball". Lepas tu coach kepada kawan aku, Sahir pun cakap benda yang sama. Semua orang yang tegur cara aku main merupakan pemain-pemain tenis yang hebat dan jugak merupakan coach-coach yang disegani. Maka kata-kata mereka bolehlah aku dengar dan ambil iktibar.
Okay lah. Lepas ni kena pukul slow-slow tapi swing luas-luas. Bola pasti pergi laju dan hebat. Oh ya, sempat jugak hari Ahad lepas aku main dengan juara Gombak & naib juara Selangor bawah 12 tahun. Kecik je budak tu, tapi hebat permainannya. Dari pemain cilik pun boleh belajar banyak.
|
Ini bukan juara Gombak. Sekadar kanak-kanak yang baru nak menjinakkan diri dengan tenis. |
|
Pemain tangan kidal yang sangat hebat. |
|
Samsuri - seorang lagi pemain tangan kidal yang tak kurang hebatnya. |
No comments:
Post a Comment