Selepas solat maghrib pada suatu malam, Amier mengumpulkan semua pakaian kepala kami, 2 kupiah, 1 songkok dan 1 serkup, dan dipakaikan ke atas kepalanya dengan perasaan sangat bangga dengan fesyen terbaru ciptaannya yang bakal menjadi hangat dan menjadi ikutan muda-mudi zaman akan datang. Lalu Amier memperagakan fesyen tersebut di depan kami. Gaya gembira, gaya marah, gaya sedih, gaya bosan. Majalah manakan agaknya yang akan menerbitkan gambar-gambar ini. Kami masih menunggu dengan penuh harap.
Gaya serius. |
Gaya gembira. |
Gaya konfiden. |
Gaya bosan. |
No comments:
Post a Comment