m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 21, 2011

Snowcat dan burung merbuk

Dulu dia hanyalah kucing jalanan yang malu dan takut dengan orang. Tapi kerap dia bertenggek kat tembok atas di rumahku. Satu malam bila aku balik dari main badminton, dia mintak makan dari aku. Bersungguh-sungguh. Aku nengok usianya yang dah lanjut, mungkin dah lebih setengah abad, aku pun jadi kesian dan kuberikan makanan kucing kepadaya. Sejak itu dia selalu meminta-minta makanan dan belaian dari aku dan seluruh keluargaku.

Biarpun dia kucing jalanan, tapi dia memang manja dengan kami. Kalau tengah lapar dan mintak makan, dia akan berbunyi seperti burung merbuk atau merpati. Dengar cerita dia pernah menjuarai pertandingan suara burung merbuk di satu pertandingan peringkat negara. Dan dia merupakan satu-satunya juara suara merbuk yang bukan dari spesis burung. Anak aku Wanie pulak berteori, mungkin dia dah telan sekor burung dulu. Dan burung tu pulak masih hidup kat perut dia. Itu yang selalu dengar suara burung tu.

Oleh kerana dia dah bermastautin kat rumah kami, dan kami pun melayan dia dengan baik, maka kami dengan perkenan pemegang mohor-mohor diraja telah mengumumkan bahawa kucing ini adalah kucing kami. Anak aku Amier pulak telah memberi dia nama SNOWCAT. Dan dia nampaknya sangat suka dengan nama itu pasal ada ala-ala bunyi mat saleh sikit. Sekarang ni aku rasa Snowcat tengah mengandung. Mungkin dah dekat 7 bulan. Cukup 9 bulan nanti dapatlah dia cahaya mata yang baru. Kami plan pakai bidan kampung aje, pasal kalau masuk hospital swasta mahal sangat. Kalau masuk hospital gomen takut kena queque panjang. Kami menanti-nantikan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami.


No comments:

Post a Comment