m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 24, 2011

Memanaskan rumah teman

Ketika aku dijemput oleh salah seorang teman baikku untuk memanaskan rumah barunya di Taman Tun Dr Ismail, aku merasa begitu teruja sekali. Dah lama aku tak buat aktiviti memanaskan rumah orang. Lalu aku bergegas ke belukar belakang rumah memungut kayu api, dan membeli 5 gelen minyak tanah serta mancis berkotak-kotak untuk dubuat unggun api sekitar rumah kawan baruku itu agar ia menjadi panas. 

Aku sampai di rumahnya agak terlewat walaupun niat asalku untuk datang lebih awal agar dapat berjumpa dengan teman-teman lamaku. Tapi aku ada temujanji lain pada hari yang sama. Di rumah kawanku itu aku lihat tak ada pulak unggun api yang terpasang, dan langsung tak panas kediamannya itu. Aku jadi bingung seketika. Yang ada cuma makanan pelbagai jenis terhidang menanti dijamah tetamu yang hadir. Tanpa melengahkan masa aku dan familiku pun terus menerkam makanan yang terhidang, dan kami sangat enjoy menikmati char kue tiaw kerang.

Sesudah agak kenyang, aku mencari tuan rumah, yakni kawanku untuk bersalaman dan bertegur sapa. Oh! Itu pun dia, Tuan Haji Noris. Dan aku jugak berkesempatan berjumpa bekas pensyarahku di UTM, Dr Hamdan Ahmad. Semua kelihatan segar dan walafiat. Aku menanya temanku, "tak pasang api ke? Kata nak buat rumah panas?" Jawab kawanku, "bukan nak panaskan rumah, tapi buat house warming". "Ohhhh... House warming..." kataku sambil tergelak kecil. Konon-konon faham maksud kawanku itu. Dalam hatiku masih tak puas hati, house warming tu panaskan rumahlah, kan? Tapi aku terpaksa memendam rasa ketidakpuas hatianku itu.

Tn Hj Noris sempat mendemo motorised louvres yang tersergam di rumahnya. Kami yang menengok agak kagum sampai tercengang-cengang dan tergolek-tergolek seperti orang Afrika nomad kat Safari first time jumpa air Coke dalam botol. Kami beredar selepas cukup makan dan kenyang sambil bernyanyi-nyanyi. Terima kasih Tuan Haji Noris kerana mengundang kami.


Motorised louvres yang membuatkan hati kami jadi tak keruan.


Tn Hj Noris, Dr Hamdan Ahmad & En Zakaria.


No comments:

Post a Comment