17 tahun dulu, pada 7 haribulan Jun, lahirlah berjuta-juta orang bayi di serata dunia termasuklah di Afrika dan Brazil. Ada yang pandai main bola, dan ada yang dah jadi pengedar black money di Malaysia. Tak kurang jugak yang sedang melompat terkinja-kinja sambil histeria ketika menonton artis kegemaran mereka beraksi di pentas. Tapi aku tak nak cerita pasal diorang tu semua, pasal diorang tu semua takda kena mengena dengan aku atau pun jiran aku.
Ni meh aku cerita sikit pasal anak saudara aku. Pada tarikh yang sama, anak saudara aku yang pertama telah dilahirkan di Mentakab, Pahang. Itulah kali pertama aku bergelar pakcik. Tapi oleh kerana kerabat aku keturunan Jerman (spesis Hitler, Klinsman & Klose jugaklah tu), maka anak sedara aku panggil aku Paman yang jugak bermaksud pakcik.
Kami meraikan hari jadi Farid (nama anak saudara aku ni) secara kecil-kecilan. Maka yang hadir ke majlis itu hanya kami-kami aje yang berskala kecil. Gajah, badak air dan ikan paus kami terpaksa tak boleh ajak pasal terlalu besar. Kek birthday pun mak aku (nenek Farid) yang buat. Aku cuma beli sate 50 cucuk aje dengan modal RM33. Lepas tu aku dan Farid terus ke gelanggang badminton main badminton dan bukan main terjun papan anjal pasal takda air kat court badminton. Begitulah kisah hari jadi anak saudaraku, Farid.
No comments:
Post a Comment