m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 6, 2011

Makan buffet macam kat hotel @ Batu Belah

22 Mei lalu (wah cerita lama zaman kuno nih), kami anak beranak ke Batu Belah Batu Bertangkup di Kelang untuk menghadiri kenduri kahwin dua pupu kami (bukan kupu-kupu). Tapi majlis tu taklah dibuat di dalam gua Batu Belah tu, sekadar di pinggirannya sahaja. Oleh kerana ini merupakan majlis penamat makcik aku memerima menantu, maka acaranya pun agak besar-besaran jugaklah. Berpuluh-puluh ekor telah tumbang. Bukannya lembu, tapi ayam.

Macam-macam makanan ada disajikan. Yang wajib memanglah nasi minyak. Yang sunat ada kuih muih pelbagai rupa, warna, bentuk dan rasa. Ada cekodok ikan. Ada jugak ayam golek. Bukan ayam kena gelek tau. Kami jadi rambang mata pasal tak tau apa lagi yang hendak dimakan. Tapi akhirnya kami makan segala benda sampai dah nak tergolek dog dibuatnya. Itu aku baru cerita makanan tradisional Melayu aje. Tak masuk lagi makanan barat seperti black pepper steak, lamb chop, fish & chips, grilled salmon. Tapi yang ini kat kedailah. Kalau buat kat majlis kahwin alamatlah tuan punya majlis menumpang kat balai raya lepas tu.

Untuk menghibur hati yang lara pengunjung yang tiba, adalah pulak band otai mendendangkan lagu-lagu Melayu asli, lagu orang asli, dan bermacam lagu dari CD yang asli. Yang cetak rompak punya geng-geng ni memang tak main. Lepas makan kami pun gumbira. Lepas gumbira kami pun baliklah.



Amier nak buat demo cara-cara nak makan nasi menggunakan sudu & garfu.

Ibu dan ayah aku.

Dah makan semua orang gumbira.

Makcik aku pada hari tu pakai baju kurung poket kasi lebih sikit pasal masyuuukkk!

Dendangan syahdu dari group otai.

Otak-otak yang diperbuat daripada otak. Otak siapa yang jadi mangsa tak taulah aku.

Kerepek semua dalam bekas. Mudah dibawak lari. Larrriiiiii!!!

Kuih yang tiga segi tu bahaya sikit, pasal bucunya yang tajam. Salah makan boleh luka. Aduh!


Ayam golek ni dibakar ala-ala Kenny Roger's.

No comments:

Post a Comment