m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 5, 2011

Memancing di Selayang

Malam hari Sabtu mak aku tanya aku, boleh pergi mancing esok pagi? Aku fikir sejenak, lalu aku jawab, orait! Walaupun esoknya nak pergi mancing, taklah pulak aku bersiap-siap pasang jorang dan mata kail. Cuma umpannya aje yang kena disiapkan.

Selepas subuh pada pagi Ahad, aku ajak Syahmie meneman aku ke Selayang untuk mancing ikan. Masa tu kepala aku agak berat pasal kena selesema & sakit tekak. Tapi atas permintaan mak aku, aku gagahkan jugak. Umpan yang kami gunakan cuma satu jenis aje, RM200. He he, nak mancing kat pasar borong daaa...

Dalam keadaan separuh sedar, aku redah MRR2 sampailah ke destinasi. Ikan memang banyak bersepah-sepah terutamanya cencaru. Macam takda orang nak beli ikan pulak dah. Aku plan nak beli ikan keli, tapi bila sampai kat gerai dia, yang tinggal cuma ikan-ikan keli bersaiz peha budak. Alamak! Macam tu punya besar keli nak makan pun suspen. Lalu aku belilah ikan-ikan laut yang lain seperti beliak mata, kerisi, cencaru, cermin, bebulus, sardin, selar dan jugak kerang.

Balik dari pasar aku terus lepak baring tidur. Tak larat dah nak tolong siang ikan. Syahmie masih meneruskan perjuangan memotong dan mengeluarkan isi perut ikan dan mengopek udang yang kami beli tadi.


No comments:

Post a Comment