m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 5, 2016

Kem Motivasi Lubok Manggis: Membina jati diri

Bahagian 1

2 Jun 2016 - Tiba-tiba anak saudara kami, Akid keluarkan iklan dalam group whatsapp keluarga kami mengenai satu iklan kem cuti sekolah. Nama kem itu adalah "Aku Membesarkan Seorang Khalifah". Motivatornya ialah ustaz yang selalu keluar kat tv dan radio - Ustaz Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid. Kem motivasi dan ibadah ini diadakan pada 31 Mei hingga 2 Jun 2016. Bila keluar aje iklan dalam whatsapp, maka berebut-rebutlah para pakcik dan makcik nak join. Kami berfikiran, bila ada kem, sudah pastilah ada camp fire. Kalau ada camp fire, sudah pastilah ada barbeque. Kalau ada barbeque, sudah pastilah ada kambing golek. Maka kami, termasuk aku mintak Akid daftarkan nama-nama kami dalam kem itu. 

Tapi lepas tu Akid jelaskan. Kem ini adalah untuk para pelajar membina jati diri sambil memperbaiki mutu ibadah masing-masing. Ini kem untuk budak sekolah. Bukan kem untuk mak bapak kepada budak sekolah. Ooooooooohhhhh..... barulah kami faham. Lalu wife aku pun mendaftarkan nama Amier dan Wanie untuk join kem ini. Sepupu-sepupu yang lain yang turut join termasuklah Saleh, Adam, Mukamil, Suraya dan Intan. Kem selama tiga hari dua malam ini telah diadakan di Kem Lubok Manggis, kawasan Pangsun, Hulu Langat. Taklah jauh sangat dari rumah kami.

Inilah Kem Lubok Manggis di Hulu Langat.
Aku dan Syahmie singgah di kem untuk melihat keadaan Wanie dan Amier.
Amier nampak seronok berada di kem ini.
Amier bersama sepupu-sepupu rapatnya - Adam dan Mukamil.
Sessi berehat dan minum pagi.
Adam dan Mukamil jugak kelihatannya heppi.
Nabil (paling kanan) jugak join kem ini.
Pertandingan arm wrestling di antara Saleh dan Nabil.
Lawan tangan kiri pulak. Pemenangnya aku pun tak tau.
Antara aktiviti masa rehat.
Syahmie tengah tunggu pesanan teh tarik dengan roti nan keju dan ayam tanduri. Masih belum kunjung tiba.
Masa aku rujuk aturcara yang diberikan, aku nampaklah beberapa program yang telah diatur untuk para peserta. Antaranya termasuklah latihan solat, persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan, tadarus Al Quran, jungle trekking, ceramah motivasi, aktiviti berkumpulan, dan macam-macam lagilah yang aku pun tak berapa nak ingat.

Amier, ketika diberi tahu pasal kem ni, berasa sangat teruja pasal geng rapatnya, Saleh, Adam, dan Mukamil turut serta. Bersungguh-sungguh dia pack segala keperluan untuk bermalam di Kem Lubok Manggis ini. Mengharapkan sesuatu yang hebat menantinya di sana.

Bersambung...

Masih di ruang kantin.
Menanti program seterusnya diadakan.
Mukamil dan Adam nak lawan main ibu jari pulak.
Wanie dan Suraya.
Tiga sepupu ini sangat rapat jugak.
Amier masih di kantin.
Peserta-peserta lain jugak berada di kantin.
Minum dan makan pagi.
Akid selaku salah seorang fasilitator sedang memerhatikan Mak Anjang mengisi borang soal selidik kem.

No comments:

Post a Comment