9-13 Jun 2016 - Di sebelah paginya, kami seisi rumah menghala ke Hospital Selayang untuk menziarahi Wak Ros yang sakit. Belum pun sempat kami tiba di destinasi, kereta yang aku pandu pulak rosak. Akhirnya aku tak dapatlah menjenguk Wak Ros yang pada waktu itu sedang dirawat di ICU.
Pada sebelah tengah harinya pula, tiba-tiba perut aku sakit di bahagian kiri. Kena gastrik ke aku ni? Tapi aku makan semua cukup waktu berbuka dan sahur. Semakin lama semakin sakit. Tak dapat aku tahan. Duduk tegak sakit. Membongkok jugak sakit. Baring terlentang, mengiring, kesemuanya sakit. Akhirnya kesakitan ini bagai tak dapat dibendung lagi. Aku ke Hospital Ampang Puteri bahagian Kecemasan, ditemani oleh isteriku dan Syahmie. Farid yang pandu kereta. Bila jumpa doktor, dan cerita symptom-nya, doktor dengan konfiden berkata, ada batu karang kat buah pinggang aku. Lalu aku dibagi satu injeksyen penahan sakit. Barulah lega sikit rasanya.
Nurse cucuk tangan aku. Sakit jugak. Tak pernah kena cucuk jarum kat tangan macam ni. |
Anak-anak melawat sebelum aku menjalani rawatan. |
Aku terus dimasukkan ke dalam wad. Cucuk jarum kat tangan. Aduh! Bukan main sakitnya! Keesokan harinya barulah aku dapat berjumpa doktor. Doktor tunjukkan hasil ujian darah, air kencing, x-ray dan CT scan. Panjang lebar doktor explain kat aku. Tapi aku antara faham dan tidak. Yang merisaukan doktor dan jugak aku adalah bacaan buah pinggang aku yang tak berapa cantik. Maka doktor kata batu karang yang tersangkut pada saluran di antara buah pinggang dan pundi kencing perlu dipecah dan dikeluarkan segera. Aku setuju dengan cadangan doktor dan terus menandatangani borang setuju pembedahan.
Setelah berjumpa doktor, aku berfikir panjang. Tak boleh ke try minum air tembikai dulu ke, minum air lobak putih dulu ke, pasang drip air dulu ke, minum air putih banyak-banyak dulu ke? Aku memang dalam dilema. Last-last aku jumpa doktor balik. Aku kata aku ada second thought. Aku nak tangguhkan pembedahan at least seminggu. Kalau dah seminggu batu masih tak jugak keluar, barulah aku setuju untuk menjalani pembedahan. Tapi doktor tak setuju dengan second thought aku. Dia explain lagi detail, sampai ke tahap PhD punya level nak bagi aku faham implikasi melengah-lengahkan prosedur mengeluarkan batu. Setelah cukup faham, aku akhirnya bersetuju untuk ikut cakap doktor.
Baru keluar dari Operation Theatre. Tak larat nak buat apa-apa. |
Aku menjalani prosedur memecahkan batu karang pakai laser, dilaksanakan pada hari Sabtu pagi. Kat bilik Operation Theatre (OT), doktor bius bagi bius kat aku. Dia masukkan ubat bius kat dalam tangan aku. Tangan aku jadi sejuk. Tak sampai 10 saat aku dah pengsan. Sedar-sedar seluruh prosedur telah pun selesai. Dan aku dibawa masuk semula ke wad. Di bilik wad aku nampak Kak Esah, Syura dan Intan sedang menanti. Kawan pejabatku Dzul dan Man pun ada jugak. Tapi aku agak lalok pada waktu tu. Loya dan berasa nak muntah dan pening-pening. Jadi aku terus baring. Kalau minum air, aku muntah balik. Jadi aku tak makan apa-apa dulu.
Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9, Abang Hj Khalid dan Kak Shidah datang melawat. Masa tu barulah seleraku untuk makan terbuka. Abang Hj Khalid dah datang sebelum aku menjalani pembedahan sebenarnya. Ini kali kedua Abang Hj Khalid datang melawat. Lama kami berbual-bual. Banyak jugak tips-tips kesihatan tradisional yang diberikan oleh Abang Hj Khalid. Nanti aku akan cuba amalkan.
Jenis-jenis batu yang berjaya dikeluarkan oleh doktor. |
Kawan sekolah menengahku, Zaifulizan datang melawat. |
Aku berjumpa doktor lagi pada hari Isnin. Doktor menceritakan apa yang telah berlaku. Ketika membuat prosedur mencari batu, doktor telah menemui pelbagai jenis batu di kawasan buah pinggangku. Ini termasuklah batu karang, batu kapur, batu granit, batu delima, batu diamond, batu bata dan batu giling. Tetapi kesemua batu tu telah berjaya dikeluarkan dengan selamatnya. Batu yang paling besar ditemui dalam buah pinggangku adalah Batu Belah Batu Bertangkup. Doktor telah memasukkan tiub yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing. Doktor kata tiub tu akan dikeluarkan setelah kira-kira sebulan. Maknanya lepas Raya Aidilfitri baru aku kena masuk balik OT untuk prosedur mengeluarkan tiub tadi.
Ketika di wad, aku turut diziarahi oleh kawan-kawan ku yang lain - Zaifulizan (kawan sekolah menengah) dan Abang Asri (kawan main tenis). Terima kasihlah kepada kesemua sanak-saudara dan teman-teman yang datang melawat, dan yang mendoakan keafiatanku. Terutama sekali isteriku yang telah menemaniku sepanjang aku berada di dalam wad, dan tak putus-putus berdoa untuk ku. Semoga Allah yang membalas kebaikan kalian. Dan aku berharap aku akan menjadi sebahagian dari hamba Allah yang bersyukur dan bersabar di atas ketentuan ini.
Masa ni aku dah berselera untuk makan. |
Banyak pulak makanan untuk dimakan. |
Abang Asri melawatku pada hari terakhir aku di wad. |
No comments:
Post a Comment