m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 26, 2016

Abby bertunang di Pahang: Menjamu selera ala kampung

Bahagian 3

Setelah segala urusan pertunangan selesai, dan doa telah pun dibacakan, kami semua dijemput untuk ke halaman luar rumah untuk menjamu selera. Kali ini menu masakan kampung Pahang. Tanpa membuang masa, kami bergegas menghala keluar. Terbentang luas aneka lauk-pauk yang pelbagai. Masing-masing mengambil makanan, memenuhi pinggan. Perut tengah kosong. Memang kami semua tengah lapar. Sangat terbuka selera kami.

Syafiq dan Nana antara yang sangat teruja bila dijemput makan.
Abang Zahid jugak tak dapat menolak lauk ikan patin masak gulai tempoyak ini.
Syakira dan Fai dan Faridz bergilir-gilir mendapatkan makanan.
Abang Zai memang dah sangat lapar kerana menjadi jurucakap pihak Abby tadi.
Kak Uda dan makanan bagaikan tak dapat dipisahkan.
Ketika Syakirah mengambil makanan, tetiba dunia menjadi black and white.
Kak Timah menyuruh Kak Uda lekas-lekas mengambil makanan kerana perutnya juga telah amat kelaparan.
Bersidang di meja makan.
Giliran Elin pula. Telah lama Elin menanti sebenarnya.
Syafiq makan dah tak menoleh depan, belakang, kiri, mahupun kanan.
Dalam banyak-banyak lauk, ikan patin gulai tempoyak jugak yang menjadi pojaan hatikuuu...
Mengesahkan keenakan gulai tempoyak ikan patin.
Macam-macam lauk-pauk ada dihidangkan. Ada ayam, daging, ulam-ulaman, sayur campur, dan yang paling ultimate sekali adalah ikan patin masak gulai tempoyak. Tatkala aku ternampak aje lauk ikan patin masak gulai tempoyak, sangatlah teruja dan bersemangat aku, sampaikan bagai nak pitam dibuatnya. Nasib baik aku masih dapat kontrol emosi aku, dan aku hampir-hampir menghamburkan air mata kerana berasa sangat terharu bila mengenangkan ikan patin yang bakal aku makan nanti.

Aku pun mencedok nasi dengan agak banyak ke dalam pinggan. Semua jenis lauk aku letak, sampai bagai nak melimpah makanan dari pinggan aku. Bila sampai aje kat tray masakan ikan tempoyak, aku stop lama sikit. Nak ambil lebih takut orang belakang tak dapat makan. Jadi aku pun ambil seketul ajelah. Cukuplah dulu, walaupun dalam hati aku melonjak-lonjak nak ambil lauk tu lebih sikit. Setelah habis makan dengan sangat puas hati sekali, aku jeling lagi kat tray masakan ikan patin. Eh! Masih banyak lagilah lauk. Aku pun cedok lagi seketul ikan patin dan ratah macam tu aje. Barulah puas hati aku! Yes!

Kak Long sabar menunggu. Bagi orang lain makan dulu. Lepas tu baru Kak Long ambil makanan.
Kak Uda dah mula makan dessert pulak.
Persidangan meja makan semakin memuncak.
Isteriku baru nak mula makan.
Berbual-bual dengan bakal besan.
Abang Zai dan Abang Zahid.
Setelah kami semua habis makan, kami masuk balik ke dalam rumah untuk bersuai kenal dengan ahli keluarga tunang Abby. Abang Zai dan Abang Zahid nampaknya lebih merapati ayah pengantin perempuan. Yang lain-lain duduk di sekitar pelamin untuk bergambar beramai-ramai dengan pengantin. Dan waktu ni, Abby yang sedari tadi duduk bersembunyi entah di mana, telah muncul tiba-tiba di ruang tamu dan berada di sebelah tunangnya. Kami bergilir-giir bergambar dengan pengantin. Dan pengantin sendiri pun kelihatannya sangat mesra bila bersua bicara. Semoga segala urusan perkahwinan mereka nanti dipermudahkan oleh Allah.

Bersambung...

Kembali berkumpul di ruang tamu untuk bergambar.
Bergambar dengan bakal mentua.
Family photo dengan pengantin.
Lagi gambar beramai-ramai.
Tetiba Abby berasa sebak kerana mensyukuri dirinya kini adalah tunangan orang.
Abby dan adik-beradiknya.
Kami semua bergambar bersama pengantin perempuan.
Makcik-makcik dengan pengantin perempuan.
Pengantin dua sejoli.
Sedang praktis bila bersanding betul-betul nanti.

No comments:

Post a Comment