Bahagian 3
Oops! Korang perasan tak sesuatu? Aku dah masukkan blog entry 'Bahagian 4', tapi 'Bahagian 3' belum lagi. Ni baru nak masukkan ni. Tak apalah. Bagi cerita tunggang terbalik barulah ada unsur-unsur suspen sikit. Barulah boleh box-office! He he he...
Wanie sedang mengisi borang hijau - permohonan untuk memasuki pertandingan nasyid peringkat planet-planet. |
Amier tak tahu cara nak jawab borang hijau pasal soalannya mengenai Teori Matematik Tambahan. |
Terus mendengar taklimat dari Ustaz Bakhtiar. |
Berdiri menghadap ibu bapa sambil berdoa beramai-ramai. |
Masih berdoa. |
Dan terus berdoa. |
Doa itu adalah senjata umat Islam. |
Ustaz Bakhtiar turut membaca doa. |
Mukamil baca doa makan pasal kebetulan dia tengah lapar pada masa tu. |
Amier pulak baca doa masuk tandas, pasal dia rasa macam nak terkucil. |
Doa keampunan untuk ibu bapa turut dibacakan oleh anak-anak ini. |
Doa penutup pula dibacakan. |
Okay! Sebelum scene syahdu dan tangisan, sebenarnya ada scene baca
doa dan menyanyikan lagu tema kem ini - 'Hambamu' yang telah
dipopularkan oleh Mawi dan Akhil Hayy. Sepertimana yang aku kisahkan sebelum ini, para peserta telah beramai-ramai membacakan doa yang agak panjang di hadapan ibu bapa. Wanie kata doa tu dia biasa baca masa kat sekolah Maahad Hamidiah. Amier pulak menghafaz sebahagian aje doa yang diberikan. Setelah selesai membaca doa, barulah anak-anak diminta menyanyikan lagu tema 'HambaMu'.
Meh aku
lampirkan lirik lagu 'HambaMu' supaya semua boleh menyanyi kalau tau
melodinya. Selamat menyanyi:
Hambamu - Mawi ft. Akhil Hayy (Lagu Tema Imam Muda Musim 2)
Owh ho..
Owh ho..
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Chorus:
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainnya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisiMu ku berserah,
Terimalah ku
Hamba Mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
(Ulang Chorus)
HambaMu Allah
HambaMu Allah
Bersambung...
Latihan taekwondo - cara menumbuk dengan betul. |
Gaya anak-anak ketika menyanyikan lagu 'HambaMu'. |
Amier sangat bersemangat ketika menyanyikan lagu tema ini. |
Ustaz Bakhtiar mengetuai nyanyian beramai-ramai. |
Masih lagi menyanyi. |
Dan terus menyanyi. |
Dah habis menyanyi. Sekarang masa untuk dengar tazkirah dari Ustaz Bakhtiar. |
Anak-anak mendengar dengan penuh konsentrasi. |
No comments:
Post a Comment