m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 6, 2016

Kem Motivasi Lubok Manggis: Berkumpul ibubapa dan anak

Bahagian 2

Masih lagi dengan kem motivasi  'Aku Membesarkan Seorang Khalifah' di Kem Lubok Manggis. Pada 2 Jun 2016, hari Khamis, para ibu bapa diminta hadir ke kem untuk bersama dengan anak-anak melakukan aktiviti yang telah diaturkan. Aku apply cuti dalam masa yang singkat untuk meninjau apakah inti pati aktiviti yang dimaksudkan itu. Dari rumah, aku ajak Syahmie untuk menemaniku. Dan perjalanan kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke destinasi.

Kami sampai agak awal. Aku dan Syahmie terus aje menghala ke kantin sebab kami nampak ada banyak anak-anak menuju ke sana untuk minum pagi. Aku jugak nampak kelibat Amier dan Saleh. Di kantin, aku cuma memerhatikan tingkah anak-anak yang nampaknya begitu happy berada di situ. Aku kemudiannya diarahkan untuk ke dewan acara yang terletak di sebelah dalam. Ada satu borang yang perlu kami isi. Aku pun ambil borang tersebut dan mulalah membaca dan mengisi. "Borang mohon bantuan subsidi baja kelapa sawit". Aku pun isi, "Saya perlukan tiga tan baja untuk tanaman sawit di kampung saya". Belum pun sempat aku selesai mengisi borang tersebut, tetiba seorang fasilitator datang kepadaku dan berkata, "Bukan borang yang itu pakcik kena isi. Pakcik kena isi borang soal selidik mengenai aktiviti kem yang kami anjurkan ini." "Oh, macam tu ke? Maafkan pakcik. Pakcik ni dah tua, mata dah rabun," kataku berseloroh.

Kak Esah dan Kak Long sedang mengisi borang soal selidik.
Soalan dalam borang soal selidik ini jauh lebih susah dari soalan SPM.
Abang Zai sedang membelek telefonnya.
Ketua-ketua kumpulan sedang bersidang.
Saleh menjadi ketua Kumpulan 2.
Adam sedang berfikir - macam mana caranya nak merampas jawatan "Ketua Kumpulan".
Amier geng Kumpulan 3.
Anak-anak sedang mendengar taklimat.
Setelah seketika berada di dewan acara, akhirnya sekelian anak-anak dan ibu bapa dipanggil untuk berkumpul di bahagian hadapan. Acara akan dimulakan tak lama lagi. Anak-anak diminta menghafaz doa yang telah diberikan terdahulu. Kemudian sehelai kertas hijau mengandungi jadual harian untuk bulan Ramadhan telah diberikan agar anak-anak lebih terikat dengan amalan yang konsisten seperti solat, tadarus Al Quran dan berzikir secara yang lebih istiqomah. Ibu dan bapa perlulah memainkan peranan masing-masing untuk memantau anak-anak ketika di rumah, agar amalan yang dianjurkan dapat dilaksanakan dengan penuh semangat dan secara berterusan.

Bersambung...

Ustaz Bakhtiar sedang menyediakan bahan untuk ditontonkan kepada para peserta.
Ustaz Bakhtiar sedang memberi taklimat ringkas mengenai kehidupan di dalam kem..
Fasilitator yang komited.
Para ibu bapa yang hadir.
Amier dalam barisan.
Duduk mengikut kumpulan.
Mukamil sedang memberikan 200% perhatian kepada taklimat yang diberikan oleh Ustaz Bakhtiar.
Kak Ita turut hadir memberikan sokongan kepada Akid.
Antara anak-anak yang terlibat dengan kem motivasi ini.
Fasilitator memberikan borang hijau kepada para peserta.
Amier membelek borang hijau yang telah diberikan.
Wanie sedang memikirkan apakah jawapan kepada soalan yang tertulis di dalam borang hijau.

No comments:

Post a Comment