m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 25, 2016

Abby bertunang di Pahang: Berunding dan bersetuju

Bahagian 2

Rombongan kami terdiri dari lima buah kereta semuanya. Semua datang dari Kuala Lumpur. Setelah dijemput masuk oleh tuan rumah, kami pun duduklah di ruang tamu sambil cuba menyesuaikan diri dengan suasana di sekeliling kami. Salam diberi. Salam dijawab. Khabar ditanya. Sihat belaka, kata kami.

Wakil pengantin dan bapa pengantin sedang berunding mengenai hal-hal pengurusan majlis pertunangan ini.
Bapa pengantin perempuan sedang memberikan pendapatnya mengenai hal-hal yang bersangkutan.
Ibu pengantin perempuan nampaknya begitu tenang sepanjang majlis dijalankan.
Faridz sedang menimba pengalaman. Fai sekadar menjadi pemerhati bebas.
Kak Uda ingin mempersembahkan tepak sirih.
Pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Berapa hantarannya? Berapa banyak hadiah yang perlu dibagi? Bila akan berlangsungnya pernikahan? Nak bernikah kat mana? Majlis kendurinya nak buat bila? Siapa yang nak masak nasi minyak nanti? Berapa ramai pulak tetamunya? Siapa pulak yang nak berkahwin selepas Abby? Kenapa England nak keluar dari Kesatuan Eropah? Siapa pulak yang akan jadi juara bolasepak Piala Eropah? Dan banyak lagi soalan yang tak dapat aku nyatakan di sini kerana terlalu banyak. Setelah kesemua soalan berjaya dirungkai dan disimpulkan, maka barulah suasana menjadi santai dan para perwakilan dapat menarik nafas lega.

Kini Kak Uda ingin mempersembahkan cincin pertunangan pula.
"Eh! Cincin tunang ada kat kereta. nanti saya pergi ambil".
Bonda bertemu bonda.
Kak Uda memperlihatkan tepak sirih kepada bakal besannya.
Acara selanjutnya adalah menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan oleh Kak Uda. Pengantin duduk di atas pelamin cantik. Kak Uda datang secara perlahan-lahan dan mendekati pengantin perempuan dengan senyum terukir di bibir. Pengantin perempuan semakin berdebar berdepan dengan bakal ibu mentuanya. Adakah bakal ibu mentuaku ini seorang yang baik dan lemah lembut, atau, adakah ianya bak Mak Dara dalam cerita P.Ramlee 'Ibu Mertuaku'? 

Lantas Kak Uda mengambil sebentuk cincin yang sangat luar biasa cantiknya, yang kilauannya menyilaukan mata para tetamu yang hadir, sehingga semuanya terpaksa memakai kaca mata hitam, lantas menyarungkan cincin itu di jari pengantin perempuan. Tak muat! Pengantin peempuan berbisik, "Makcik, sarung kat ibu jari memanglah tak muat. Cuba makcik sarungkan kat jari manis tangan kanan ni. Pasti ngam". Oh! Rupanya Kak Uda tersalah pilih jari. Matanya tersilau akibat kilauan cincin tadi. Dan bila cincin disarungkan ke jari manis, barulah semakin berseri-seri kelihatannya pengantin perempuan. Tetiba Pak Long Zai berdiri dan membuat pengumuman, "Maka kini telah rasmilah pertunangan Abby dengan tunangnya ini. Tahniah! Tahniah!" Para hadirin bagaikan serentak mengucapkan syukur ke hadrat Allah.

Acara menyarungkan cincin.
Cincin terus disarungkan ke jari.
Mengucup tangan bakal ibu mentua.
Bergambar bersama bakal ibu mentua.
Sarung lagi satu cincin. Ini cincin risik pulak.
Kak Uda menayangkan cincin kepada para wartawan.
Bergambar bersama lagi.
Dan masih bergambar.
Kenangan terindah pada hari ini.
Sedang menantikan apakah acara selajutnya.
Nampaknya tak ada sesiapa yang tahu agenda yang seterusnya.
Lama jugak para tetamu menanti pengacara majlis mengumumkan aturcara majlis yang selanjutnya.
Sesudah itu, wakil pihak perempuan pun menadahkan tangan dan berdoa. Semoga segala yang baik di dunia dan di akhirat akan mengiringi kedua-dua pasangan tunangan ini. Dan semoga segala urusan hinggalah mereka bergelar suami isteri berjalan dengan lancar dan penuh rahmat dan barokah dari Ilahi.

Bersambung...

Doa dibacakan oleh wakil pengantin perempuan.
Penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Para tetamu turut mengaminkan doa yang dibacakan.
Kak Uda juga khusyuk.
Para jemaah masih terus berdoa.
Doa dua orang ibu.
Doa dua orang sepupu. Tiba-tiba rambut Syakirah jadi panjang.
Fai berdoa dalam kewaspadaan. Faridz berdoa dalam kesayuan.
Fai berdoa dalam kekeliruan. Faridz masih berdoa dalam kesayuan.
Sebahagian barang hantaran yang dipersembahkan oleh pihak pengantin perempuan.

No comments:

Post a Comment