m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 15, 2015

Sukaneka SK Ampang 2015: Perlumbaan bermula

Bahagian 1

30 April 2015 - Negara memerlukan lebih banyak juara. Bukan saja juara badminton, bolasepak dan takraw. Tapi perlu jugak juara-juara lain seperti konda-kondi, tolak ring basikal, tarik upih, batu seremban, congkak dan macam-macam lagi. Kerana menyambut cabaran dan tuntutan itulah, Sekolah Kebangsaan Ampang telah menganjurkan kejohanan sukaneka bagi mencari bakat-bakat baru dalam sukan yang pelbagai.

Perlumbaan sukaneka telah bermula. Bermain bola sepak menggunakan kayu hoki.
Atau mungkin bermain hoki dengan menggunakan bola sepak.
Murid-murid berkumpul menunggu giliran.
Masing-masing berpakaian seragam sukan.
Ini kelompok darjah 2 agaknya.
Menjulang bola besar.
Amier dan rakan-rakan menunggu giliran untuk berlumba.
Tak sabar nak berlari.
Tapi cikgu suruh duduk dulu.
Maka murid-murid pun duduklah dulu kat lantai.
Yang pakai songkok tu Danial - kawan baik Amier.
Tiga sekawan satu kelas.
Amier berdebar-debar menantikan waktu untuk berlumba.
Cuba mengumpul tenaga dan fokus.
Pagi-pagi lagi aku dah hantar Amier ke sekolah. Lepas tu hantar wife aku pergi kerja pulak. Hari tu aku terpaksa ambil cuti untuk menengok Amier beraksi di trek olahraga. Dari ofis wife aku, aku terus ke sekolah Amier. Masa tu sukaneka dah bermula. Tapi Amier masih belum berlumba lagi. Jadi aku tunggulah sampai tiba giliran Amier. Kata seorang teman lama, Noor Salleh, acara dimulakan agak lambat sedikit pasal pada awal pagi hujan masih merenyai. Lepas hujan dah berhenti barulah boleh mula sukaneka. Masa acara yang dimasuki Amier nak mula, matahari dah mula memancar terik. Terasa atas kepalaku bagai terbakar kepanasan. Para peserta diminta beratur di garisan permulaan. Menanti sehingga wisel ditiup. Dan bila wisel berbunyi, para peserta pun mulalah mengorak langkah kemenangan!

Bersambung...

Okay. Murid-murid dah bangun.
Perlumbaan bakal bermula.
Bergurau senda bagi menghilangkan nervous.
Kelas 3 Utarid sedang membuat regangan otot.
Pancaran matahari semakin terasa hangatnya.
Cikgu-cikgu gigih bertugas.
Perjalanan sukaneka yang licin perlu dipastikan.
Semua peserta diminta berbaris di garisan permulaan.
On your marks. Get set!
Preeeeeeet. Dan wisel permulaan pun ditiup. Perlumbaan bermula.

No comments:

Post a Comment