3 Mei 2015 - Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kawan Nebraska aku,
Azman Hargus di Shah Alam, kami terus meluru ke Asam Jawa, Kuala Selangor. Untuk ke Asam Jawa, kami terpaksa melalui beberapa pekan dan perkampungan seperti Kg Asam Keping, Kg Asam Gelugur, Pekan Asam Laksa, Kg Asam Boy dan Pekan Khotiaque Asam. Dalam masa lebih setengah jam perjalanan, kami pun sampailah ke destinasi tempat sepupu aku, Anis berkahwin. Setakat yang aku pernah tau, sepupu aku Anis inilah yang mempunyai suara yang paling power bila menyanyi.
|
Wanie dah kenyang dah agak penat. Sebab tu berwajah monyok. |
|
Amier sorang aje yang layan makan nasi. |
|
Isteri aku pun tak makan jugak. Sekadar pekena taufufa dan minum air. |
|
Pasangan Anis-isteri dengan teman-teman. |
|
Suasana di luar dewan. |
Bila sampai aje kat dewan majlis, kami terus masuk ke dalam dan mencari tempat duduk. Orang tak berapa ramai. Dan kami pun tak berapa lapar pasal baru lepas makan. Yang makan nasi cuma Amier sorang aje. Yang lain cuma minum air aje. Aku ambil semangkuk taufufa, dan segelas teh-o panas. Dapat minum air teh-o panas rasa sangat lega tekak yang memang dah agak kering sejak tadi.
Di majlis ni, aku jumpa ramai saudara mara aku. Kami bersalaman. Aku sempat ambil gambar Anis dan isterinya ketika mereka di luar dewan. Sebelum beredar, kami bersalaman dulu dengan pakcikku, Wak Ros dan Wak Bunirah yang menunggu tetamu di bahagian depan dewan. Kami terus ke rumah Makcik Mini untuk tumpang solat zuhur sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kepada Anis dan isteri, selamat pengantin baru. Semoga benuh barokah, dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah di dunia dan akhirat.
|
Anis dan isteri. |
|
Isteri dan Anis. |
|
Adik beradik Anis - Nisaa dan suami, serta Redha. |
|
Wak Ros dan Wak Bunirah menyambut tetamu. |
|
Ibu dan ayah pengantin. |
|
Tetamu bersalaman dengan Wak Ros. |
|
Sepupuku dan juga merupakan abang kepada Anis, Wadi dan keluarga. |
|
Wadi dan keluarga nak pergi solat zuhur kejap. Lepas ni datang dewan balik. |
|
Dewan majlis perkahwinan. |
No comments:
Post a Comment