3 Mei 2015 - Hari ini adalah hari yang sibuk bagi kami. Jadual dari pagi sampai ke malam penuh dengan agenda yang pelbagai. Awal pagi aku telah ke court tenis Titiwangsa untuk bermain tenis dengan kengkawanku. Kira-kira jam 11 lebih, kami ke Seksyen 7, Shah Alam untuk memenuhi jemputan kawan US aku,
Azman Hargus yang mengahwinkan anak perempuannya. Dari Shah Alam, kami ke Asam Jawa, Kuala Selangor untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan sepupu aku,
Anis Sodiqin. Lepas tu singgah kat rumah Makcik Mini untuk tumpang solat zuhur. Dan pekena teh tarik spesel.
Dari Kuala Selangor, terus kami ke Kuala Lumpur. Secara khusus, kami telah ke Jalan Masjid India untuk membeli baju Melayu sedondon untuk kumpulan nasyid sekolah Syahmie. Jalan kat kawasan tu punyalah sesak teruk. Manusia dari segenap lapisan, dari segenap pelusuk dunia ada kat kawasan tu. Memang sangat ramai. Sangat happening. Sampai naik pening kepala otak aku. Nak cari parking pun sangat-sangat-sangat-sangatlah susah. Akhirnya kami parking kat bangunan Semua House. Dan menapak sampailah ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Yang lebih mencabar lagi adalah kerana terpaksa dokong Sabriena yang jugak dah keletihan. Sakit tangan dan pinggang aku mendukung Sabriena yang agak berat tu. Akhirnya sampai jugak kami kat kedai jual baju Melayu di Wisma Yakin. Nama kedai tu telah diberi tahu oleh ustaz yang mengendali kumpulan nasyid ini.
Proses tawar-menawar, alter baju, begitu begini, campur beli baju raya, memakan masa agak lama jugak. Kami tumpang solat asar dan maghrib di surau Wisma Yakin. Lepas solat, kami ambil baju yang telah siap di-alter. Dan berjalan menghala ke kereta. Sambil melintas di sebelah kedai-kedai yang jual brooch, isteriku ada jugak membeli brooch yang berkenan di hati. Setelah agak keletihan, kami bercadang nak makan kat luar satu keluarga. Isteriku cadang makan western food kat Kampung Baru. Jom kita ke kedai yang dimaksudkan.
|
Menanti makanan tiba. Burger yang dipesan Amier telahpun sampai. |
|
Amier enjoy makan burger pilihannya. |
|
Inilah burger ayam Amier. |
|
Pesanan dah sampai. Semua orang memulakan makanan. |
|
Wanie makan chicken chop. |
|
Syahmie makan black pepper steak. |
|
Amier minum air. |
|
Syahmie pun dah selesai makan. |
Aku memang tak pernah sampai kat kedai makan tu. Tapi isteri aku cakap, kedai makan tu dekat dengan Masjid Jamek Kg Baru. Aku pun pusing-pusinglah kat sekitar tu. First round pusing, tak jumpa. Patah balik dan pusing sekali lagi. Wife aku bagi tau, rupa kedai tu macam kapal laut. Cari punya cari, akhirnya kami jumpa. Setelah menurunkan seluruh ahli keluarga, aku cari tempat parking kat tepi jalan. Terpaksa parking jauh sikit dari restoran. Itu aje parking yang paling dekat yang ada pada masa tu.
|
Licin licap kami makan. |
|
Wanie di samping motor idamannya. |
|
Bergambar di belakang 'bot'. |
|
Inilah bot yang tersadai kat dalam kedai makan ini. |
|
Tak silap aku, ini pintu masuk ke bahagian dapur. |
|
Ikan keli Afrika yang agak besar. |
|
Satu famili sedang bersiap-siap untuk berlayar ke Pulau Tioman. |
Dari luar nampak kedai tu macam kecil aje. Tapi bila dah masuk, agak luas jugak tempat dia. Boleh muat 5000 orang sekali makan. Deco kat dalam pun agak menarik. Ada unsur-unsur laut dan kapal. Ada unsur-unsur permotoran. Dan ada jugak unsur-unsur perhutanan. Aku sangat suka pada deco dalamannya. Cahayanya malap-malap macam senja. Bagi mood romantik, campur creepy, campur sleepy. Kami carilah satu tempat duduk yang agak selesa dan mula membuat order makanan.
Aku order T-bone. Masing-masing order lain-lain masakan termasuk chicken chop, fish and chips, steak dan burger. Sementara menanti pesanan datang, tetiba hujan turun dengan agak lebat. Ada sebahagian sudut restoran yang bocor bumbungnya. Pelanggan terpaksa beralih tempat duduk. Nasib baik tempat duduk kami tak bocor. Cuma terkena tempias air hujan sikit aje.
Tak lama lepas tu, makanan pun tiba. Ini pandangan aku mengenai makanan yang sempat aku rasa. Dia punya sos sangat enak. Cuma daging dia agak liat, dan agak mencabar jugak bila nak makan tu. Tapi kebetulan aku tak kisah tahap keliatan yang macam tu. Habis licin jugak aku makan. Kalau orang-orang tua yang tak ada gigi, elok makan fish and chips ajelah. Dari segi harga, sangatlah berpatutan.
|
Sabriena mencuba untuk mengemudi kapal. |
|
Mama turut membantu Sabriena mengawal steering. |
|
Amier pulak yang jadi kapten kapal. |
|
Mama suruh Amier bawak kapal slow-slow sikit. |
|
Dah sampai pun kat destinasi Pulau Tioman. |
Setelah makan, kami ambil gambar kat sekitar kawasan restoran. Ada kolam air kat bahagian depan restoran. Dalam tu ada banyak ikan keli Afrika berskala sekitar 3 kilo setiap seekor. Buat aku geram nak pancing aje. Kalau aku tau ada ikan hidup kat restoran ni, sudah tentu aku dah siap-siap bawak pancing berumpankan cengkerik. Pasti aku boleh dapat banyak ekor. Masa kami balik tu, hujan masih turun. Tapi dah kurang lebat. Kami pulang ke rumah dalam keadaan agak letih, tapi puas hati.
|
Di bahagian depan kedai ada motor diperagakan. |
|
Anak-anak happy dapat makan kat sini. |
|
Di bahagian depan kedai. |
|
Bergambar sebelum pulang. |
|
Nama kedai ini ialah Chop N Steak. Cubalah datang dan rasa masakannya. |
No comments:
Post a Comment