m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 15, 2015

Sukaneka SK Ampang 2015: Kelahiran juara-juara

Bahagian 2 (Akhir)

Setelah wisel permulaan ditiup, para peserta kelas Tahun 3 pun memulakan larian. Amier terlibat dengan larian secara berkumpulan ini. Peserta kena pakai topi keselamatan kontraktor. Kena tolak tayar motorsikal sejauh 100 meter. Lepas tu kena bawak bola ping-pong dalam sudu sejauh 3 kilometer. Patah balik. Tolak tayar motorsikal sekali lagi dan pass ke peserta selanjutnya. Nampak macam mudah kan? Tapi yang terjadi sangatlah melucukan.

Para peserta menolak tayar motorsikal.
Lepas tu kena bawak bola ping-pong dalam sudu pulak.
Tak semudah yang dijangkakan.
Pakai topi keselamatan tu aje dah menyukarkan pergerakan.
Bola ping-pong ni sering terpelanting keluar dari gelung.
Nak bawak bola ping-pong kena berhati-hati. Perlu patuhi had laju.
Mengambil bola yang ada di dalam sudu.
Giliran Amier menggolekkan tayar motorsikal.
Membawa motorsikal berhati-hati. Keselamatan perlu diutamakan.
So far so good. Amier bawak motor sangat cermat.
Amier semakin menghampiri check point.
Bagaikan seorang pelumba Motor GP profesional.
Amier perlu bawak bola ping-pong dalam sudu pulak.
Memastikan bola terletak kemas di dalam sudu plastik.
Perkara nombor satu yang paling menyusahkan peserta ialah topi keselamatan tu. Kepala murid-murid kecil. Topi tu besar. Bila pakai topi, pandangan bagai terhalang pasal topi tu terlalu besar sampai menutup mata. Dan sering kali topi terjatuh apabila murid berlari. Kena kutip lagi. Pakai balik topi tu. Dan jatuh lagi. Amier, dalam sukaneka kali ni nampaknya lebih steady dari tahun sudah. Pergerakannya berhati-hati. Tetapi taklah terlalu perlahan. Masa yang dicatat Amier kira baik jugaklah. Dalam perlumbaan itu, team kelas Amier jatuh nombor 2. Tahniah!

Membawa bola ping-pong dengan sangat cermat.
Semakin hampir ke check point.
Dan semakin hampir.
Di check point, Amier kena bawak tayar motor sekali lagi.
Acara sukaneka telah pun selesai.
Peralatan sedang dikemas oleh murid-murid kelas atas.
Setelah semua acara sukaneka berakhir, murid-murid diarahkan untuk berkumpul di dalam dewan sekolah. Hadiah disampaikan kepada kesemua peserta, dari Tahun 1 sampailah ke Tahun 3. Yang dapat nombor tercorot pun dapat hadiah pingat gangsa. Nombor dua dapat pingat perak. Dan juara mendapat pingat emas. Oleh kerana kelas Amier dapat nombor dua, mereka dapatlah pingat perak. Aku ucapkan tahniah kepada Amier. Tapi Amier macam tak puas hati pasal tak dapat pingat emas.

Lepas hadiah telah dibahagikan kepada murid-murid, para pelajar dibenarkan balik ke rumah dengan ibubapa masing-masing. Aku bawak Amier pulang ke rumah sebelum mengajaknya keluar menemani aku untuk ke pejabat imigresen di Putrajaya, dan ambil Wanie di sekolah asrama di Kajang. Hari tu memang merupakan hari yang memenatkan. Terutamanya bagi Amier.

TAMAT.

Murid-murid berkumpul di dewan untuk menerima hadiah yang berupa pingat.
Cikgu mengagih-agihkan pingat kepada pemenang.
Kelas 3 Utarid. Naib juara sukaneka bagi kategori Tahun 3.
Murid-murid teruja dengan kemenangan ini.
Memperagakan pingat yang dimenangi.
Amier, pingat dan sekolah.
Lambang kemegahan sekolah.
Support Amier dan bangga dengan kemenangannya.
Perut sama-sama ke hadapan. Tanda maju jaya untuk negara.
Jom kita balik rumah.

No comments:

Post a Comment