24 April 2015 - Pada tahun ini, umur ayahku mencecah 85 tahun. Sebelum aku balik ke rumah, wife aku pesan suruh aku beli sebiji kek untuk meraikan birthday ayah kami. Wife aku yang telah pulang ke rumah lebih awal telah memesan ayam Nando's delivery untuk membekalkan ayam kampung original kepada kami untuk dibuat makan malam. Sementara aku pulak telah ke kedai kek King's di Ampang untuk mencari sebiji kek yang tak sebegitu besar, dan tak terlalu kecil untuk dipotong oleh ayahku nanti.
Kek hari jadi ayahku. |
Lapan batang lilin besar bersama lima batang lilin kecil dipacakkan di atas kek. Dan sumbunya dipasang api. |
Ayahku happy dapat kek birthday. |
Sabriena bertungkus lumus mencuba untuk memadamkan api pada lilin. Tapi tak berjaya. Fuh! Fuh! Fuh!! |
Bila aku sampai rumah, Amier dah begitu teruja nak buat birthday celebration untuk datuknya. Selepas solat maghrib, kami semua berkumpul di ruang tamu. Amier menggelapkan seluruh rumah. Kononnya nak bagi datuknya yang masih berbaring kat bilik surprise. Walhal datuknya memang dah tahu niat kami untuk meraikan hari lahirnya.
Sabriena masih meniup lilin. |
Ayahku memotong kek. |
Bila ayahku keluar dari bilik tidur, kami ramai-ramai menjerit "Surprise!!!" Suara Amier lah yang paling kuat kedengaran. Ayahku tak terkejut langsung. Segalanya telah dijangka. Lilin dipasang api. Kami menyanyikan lagu Happy Birthday. Amier dan Sabriena berlumba-lumba nak memadamkan api pada sumbu lilin. Selepas api lilin terpadam, ayahku memotong kek sambil gambarnya diambil. Dan sesudah itulah baru kami mulakan memakan ayam golek Nando's dengan berselera sekali. Kemudian makan kek sebagai dessert. Macam tu ajelah sambutan hari birthday ayah aku pada malam tu. Simple tetapi happening jugaklah.
Ibu dan ayahku. |
Bersama keluarga. Kebetulan Wanie pun ada kat rumah jugak. |
Sambut birthday dengan kami-kami sahaja. |
Orang gaji kami pulak yang jadi cameraman sekarang. |
Lepas ni barulah kami makan malam. |
No comments:
Post a Comment