7-8 Mac 2015 - Sukan tenis di Malaysia tidaklah sepopular dan segah sukan badminton. Kalau nak cari kawan main badminton jauh lebih senang dari nak cari kawan main tenis. Untuk lebih mempopularkan lagi sukan tenis di mata rakyat Malaysia, pertandingan tenis tahap gaban dan dewa, errrrr... maksud aku tahap dunia, telah dibawa masuk ke Malaysia. Bermula dengan pertandingan tenis lelaki Malaysian Open ATP Tour pada tahun 2009. Menyusul pula pertandingan tenis untuk perempuan BMW Malaysian Open pada tahun 2010. Itu muqaddimahnya sahaja.
|
Dua keping tiket Season Pass yang aku perolehi melalui Abang Zahid. |
|
Para pemain sedang berehat. |
|
Para pemain sedang minum air tonik power sebelum menyambung perlawanan. |
|
Perlawanan dimulakan semula. |
Beberapa hari sebelum game final BMW Malaysian Open 2015 (pertandingan perempuan) berlangsung, aku telah mendapat panggilan telefon dari abang biras aku, Abang Zahid. "Adi nak tiket tengok tenis tak?" tanya Abang Zahid. "Nak!" jawabku pantas dalam keterujaan. "Kalau boleh nak 40 tiket, nak belanja kengkawan saya kat kelab TTC sekali." Abang Zahid tak menjawab. "Errr... okaylah. Kalau dua tiket ada tak?" "Nanti Abang Zahid carikan". "Okay. Terima kasih, Bang". Dan pada sebelah malamnya, aku ke rumah Abang Zahid untuk mengambil tiket Season Pass dua keping. Abang Zahid memang dah lama bekerja kat Royal Selangor Golf Club. Kira cable aku agak bagus jugaklah. He he he...
|
Tengok tenis dengan isteri. Yang baju merah tu kawan dan jiran aku - Wong Yin Yen. |
|
Cuaca terang pada petang ini. |
|
Sedang enjoy tengok game international. |
Kami pergi ke lokasi pertandingan pada hari Sabtu, 7 Mac untuk menyaksikan perlawanan semi-final. Aku tak kisah sangat siapa yang main. Janji dapat tengok game tenis level antarabangsa. Masa kami sampai tu dah petang. Kami parking kereta kat Prince Court Medical Centre kat seberang jalan. Lepas tu naik van shuttle ke lokasi pertandingan. Kat gelanggang tak ramai penonton yang memenuhi tempat duduk. Kami ambil seat sebelah kawan sekolah serta jiran aku, Wong Yin Yen, yang juga merupakan seorang jurulatih tenis.
Sewaktu kami sampai tu, game telah pun bermula. Masa tu tengah game double - Yuliya Beygelzimer/Olga Savchuk (Ukraine) lawan Darija Jurak (Croatia)/Klara Koukalova (Czech). Permainan agak sengit jugak. Seronok aku nengok cara players professional main. Ini baru game perempuan. Kalau game lelaki mesti lagi dahsyat. Aku nengok Darija Jurak tu servis dia punyalah laju. Mencecah 720 km/jam. Masa dia buat servis tu, partner dia Koukalova tak payah berdiri kat tepi atau membongkok. Angle servis dia memang agak tajam. Maknanya dia toss dan kontek bola masa dia buat servis pada ketinggian yang agak melampau. Cuma sayangnya, partner si Jurak tu, iaitu Koukalova, dia punya permainan agak goyah sikit. Kira dialah yang menjadi lubuk dalam gandingan mereka berdua. So pihak lawan memang memanjang attack Koukalova sampailah kemenangan berpihak kepada pasangan dari Ukraine dengan keputusan 6-1, 6-1.
|
Game dah tamat. Hujan pun macam nak turun. |
|
Backdrop carta Top 10 minggu ini. |
Habis aje game tu, awan mendung mula berarak. Petir kilat mula menyabung. Amat menyuspenkan. Cameraman yang berada kat puncak kren cepat-cepat turun ke bawah. Khuatir kalau terkena sambaran kilat dari langit. Kabakazzzzoooommm!!! Wife aku sempat jugak bersalaman dengan para pemenang. "Congratulation." "Thank you", jawab pemenang.
|
Isteriku bersalaman dengan Olga Savchuk dari Ukraine. |
|
Bersalaman dengan pasangannya dari Ukraine jugak - Yuliya Beygelzimer. |
|
Awan mendung mula muncul. |
|
Para penonton mencari tempat perlindungan dari hujan lebat yang bakal melanda. |
Keesokan harinya, kami ke Royal Selangor Golf Club lagi. Tapi kali ni agak terlewat pasal ada urusan lain. Tapi tak kisahlah. Sebab target aku nak nengok game final pemain rank nombor 5 dunia, Caroline Wozniacki (Denmark) beraksi menentang Alexandra Dulgheru (Romania). Petang tu pada dasarnya cuaca panas. Jadi aku memang tak menjangka hujan akan turun. Tetapi bila kami sampai aje kat gelanggang, langit dah jadi gelap macam malam. Kilat dah mula sabung menyabung, walaupun hujan masih belum merintik. Aku terserempak dengan kengkawan tenisku, Ashraf, Bobby dan Arafat. Memandangkan hujan akan turun tak lama lagi, aku ajak wife aku balik ajelah. Tak apalah walaupun tak dapat nengok Wozniacki beraksi di gelanggang. Kalau nak tunggu hujan berhenti, silap-silap jam 9 malam baru game boleh start. Sebelum balik, kami sempat beli bola tenis gergasi dengan harga RM50. Mahal jugak. Tak apalah, buat kenang-kenangan. Kami balik dengan berasa sedikit kecewa. Tapi masih puas hati.
Kalau ada rezeki, tahun depan boleh pau tiket game lagi dari Abang Zahid. He he..
|
Datang final, tapi tak dapat nengok final pasal hari hujan. |
|
Ambil gambar kat gerbang ajelah. |
No comments:
Post a Comment