3 Mei 2015 - Aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kepada kawan aku masa kat Nebraska dulu. Nama kawan aku tu Azman Hargus. Kira salah sorang kawan rapat jugaklah masa sama-sama belajar kat Amerika dulu. Bezanya, Azman lebih cemerlang. Aku hanya biasa-biasa aje.
Memang sangat-sangat teruja bila aku mendapat jemputan melalui mesej di Facebook. Tak sabar rasanya nak jumpa kawan lama. Kali terakhir aku jumpa Azman dah bertahun-tahun lamanya masa kat satu majlis perkahwinan dua pupu aku di Batu Belah Batu Bertangkup, Kelang.
|
Syahmie dan Wanie sangat berselera makan nasi orang kahwin. |
|
Kami memang dah reserve perut kosong sebelum datang ke sini. |
|
Amier ingin memulakan makan. |
|
Sabriena sangatlah happy dapat makan sendiri. |
|
Setengah daripada nasi yang ada dalam pinggan berakhir di atas lantai. |
|
Makan dengan penuh tekun. |
|
Amier sedang beratur untuk mendapatkan kon aiskerim. |
|
Sudut cendol. |
|
"Brader! Lu punya cendol memang kaw lah!" |
|
Pakar membuat aiskerim sedang beraksi. |
Berpandukan kepada application Waze, kami telah dipandu ke lokasi majlis di Seksyen 7, Shah Alam. Kami sampai di tempat majlis kira-kira jam 12 lebih tengah hari. Dewan majlis terletak di salah satu lot perumahan yang dihuni oleh orang-orang hartawan. First time kami sampai kat situ. Dari jauh aku dah nampak kelibat bapa pengantin yang segak berbaju melayu warna kuning durian D24. Secara tergesa-gesa kami naik tangga tinggi depan dewan majlis. Aku bersalaman dengan Azman sambil memberi satu pelukan brader-brader. Lepas tu kami terus ke dalam untuk memulakan makan. Orang tak berapa ramai sangat masa tu. Baguslah.
|
Wanie dan Amier makan aiskerim. |
|
Wanie makan aiskerim sebanyak dua kon. |
|
Sedang menikmati cendol yang enak. |
|
Pengantin potong kek. |
|
Haziq dan Nabilah sedang potong kek tingkat. |
|
Potong kek dari tingkat bawah sampailah ke tingkat paling atas. |
Sambil aku mengambil makanan dan sambil makan, mataku melilau-lilau ke sana sini, mencari kot-kot ada orang yang aku kenal. Khususnya kengkawan yang sama-sama belajar di Nebraska dulu. Semua wajah agak asing bagi aku. Cuma ada satu wajah aje yang aku nampak macam familiar. Tapi aku tak tau namanya. Jadi aku pun tak berani nak tegur. Mungkin memang bukan kenalan aku agaknya.
Makanan yang disajikan sangatlah enak. Dari nasi, hinggalah ke dessert yang merangkumi cendol, aiskerim, dan kuih muih serta my personal favourite - teh tarik. Selepas selesai makan, aku pun merayau-rayaulah sambil mengambil gambar pengantin potong kek. Pengantin perempuan, Siti Nabilah adalah anak Azman dan Kak Saadah. Setelah tu barulah kami bergerak pulang. Sebelum tu sempat jugak kami bergambar dengan ayah dan ibu pengantin. Terima kasih kepada mereka berdua kerana telah menjemput kami. Alangkah lebih superb kalau aku dapat bertemu dengan lebih ramai kengkawan lama semasa di Nebraska dulu.
|
Payah pulak nak potong kek ni. |
|
Dah sekian lama potong, masih tak putus-putus jugak lagi. |
|
Kena pakai gergaji karan baru boleh lut agaknya. |
|
"Kita potong kek ni pakai hand grenade ajelah," kata Nabilah kepada Haziq. |
|
Syahmie melayan Sabriena. |
|
Sabriena selesa di samping abangnya. |
|
Abang Long dan Adik Su. |
|
Bersama ibu pengantin - Kak Saadah. |
|
Masih dengan ibu pengantin. |
|
Dengan ayah pengantin - Azman Hargus. |
|
Kawan rapatku ketika di Nebraska dulu. |
|
Di hadapan dewan majlis. |
|
Tinggi betul tangga nak naik ke atas. |
No comments:
Post a Comment