Bahagian 3 (Akhir)
Okay. Sekarang semua orang kat dewan dah tahu siapa yang
mendapat 11A. Malah mereka yang mendapat keputusan straight A's tu telah dipersembahkan di atas pentas sebentar tadi. Maka yang selebihnya perlulah beratur mengikut kelas masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM. Kesuspenan masih belum habis lagi. Baik bagi pelajar, mahupun orang tua masing-masing.
|
Syahmie bersama Salihin dan teman-teman yang lain sebelum mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing. |
|
Beratur seorang demi seorang mendapatkan slip peperiksaan. |
|
Syahmie masih di belakang. Terasa lambat pulak masa bergerak. |
|
Syahmie mendapatkan slip keputusannya. |
|
Baca Bismillah dulu sebelum buka sampul. |
Aku dan isteri menunggu di tepi meja petugas. Isteriku lebih terasa debaran yang memuncak. Syahmie kelihatan tenang bersama teman-temannya. Aku - tak taulah. Debaran tetap ada. Konfiden pun ada jugak. Kedua-duanya berbaur. Sejurus Syahmie memperolehi envelope dari petugas, kami terus meminta Syahmie untuk mengeluarkan slip keputusan. Membiarkan Syahmie melihat dulu keputusannya sebelum kami. Syahmie melihat sepintas lalu. Katanya lebih kurang, "Tak expect Chemistry yang dapat B, ingatkan Biology." Slip diberikan kepada kami. Kami lihat sepintas lalu jugak. Syahmie dapat 10A dan 1B. Lebih kkhusus lagi, 4A+, 4A, 2A- dan 1B+. Tahniah buat Syahmie! Isteriku lantas memeluk erat anak sulungnya itu. Gembira tidak terkata. Aku turut gembira dan berbangga dengan pencapaian anugerah Allah ini. Salah seorang teman akrab Syahmie, Salihin juga mendapat 10A 1B. Tahniah. Pelajar-pelajar yang lain kami tak tahu pulak keputusan mereka.
|
Isteriku memeluk erat Syahmie kerana pencapaian cemerlangnya. |
|
Ibu dan ayah kepada Salihin turut gembira dengan pencapaian anaknya itu. |
|
Bersama Ustaz Haziman (Quran & Sunnah). |
|
Tahun ini keputusan subjek Al Quran dan Sunnah semakin meningkat. |
|
Bersama Pengetua Tn Hj Ghazi. |
Sebelum bersurai, Syahmie menyatakan hasratnya untuk bergambar dengan guru-guru yang pernah mengajarnya. Bukan kesemua guru-guru itu ada di dalam dewan. Beberapa orang yang kebetulan ada di situ telah bergambar dengan Syahmie. Tuan Pengetua Tn Hj Ghazi juga tidak terkecuali. Syahmie bersalam-salaman dengan teman-temannya di dalam dewan. Dan aku turut mengambil gambar Syahmie berlatar belakangkan MRSM Gemencheh sebagai kenangan. Selepas itu barulah kami menghala ke Gemas untuk makan tengah hari sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
TAMAT
|
Bersama Cikgu Rahman (BM) & Cikgu Abdullah (Sejarah). |
|
Bersama Cikgu Rahisyam (BM). |
|
Terpampang banner ini di dinding dewan sekolah. |
|
Slip keputusan peperiksaan Syahmie. |
|
Syahmie dan MRSM Gemencheh. |
|
Gambar ini akan jadi lejen. |
|
Sambil memegang slip keputusan peperiksaan. |
|
Ada kesempatan, Syahmie bolehlah ke sini lagi untuk menaburkan bakti buat sekolah lamanya. |
Tahniah!
ReplyDeleteAnak sy bakal interview mrsm gemencheh isnin ni..doakan puan dia dpt belajar di sana
Insya Allah. Berkat doa seorang ibu sangat makbul. Ameen.
Delete