Bahagian 2
Ahli keluarga sebelah Abby berbondong-bondong yang datang dari
Kuala Lumpur ke Kuantan. Aku tak berapa ingat berapa biji kereta kesemuanya. Kurang lebih sepuluh buah kot. Memandangkan Abby merupakan pemain badminton yang hebat, maka teman-teman badmintonnya juga ramai yang nak datang pada hari pernikahan Abby. Antaranya termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan, Cheng Long, Jorgensen, Carolina Marin dan Saina Nehwal. Tapi pada hari tersebut, kebetulan kesemua pemain-pemain tu sedang beraksi dalam Tournament Super Series di Trinidad & Tobago. Maka seorang pun tak dapat datang untuk meraikan hari besar buat Abby.
|
Abby bergaya bagaikan bodyguard. Bodyguard untuk Zaleha lah nanti. He he he... |
|
Serba putih sambil mengenakan songkok hitam. |
|
Syafiq membantu adiknya menggayakan sampin ikatan original Bekor-Perak. |
|
Wawan ber-wefie dengan adiknya yang menjadi raja sehari. |
|
Syafiah didandan oleh Mak Usu nya. |
|
Kak Esah di samping Anis dan Syura. |
|
Mak Long gembira meraikan pernikahan Abby. |
|
Nicha ambil peluang berkepit dengan abangnya sebelum abangnya menjadi suami orang. |
|
Abby bersama Faiisal-pengapit, Falique-anak saudara dan Elin-kakak. |
Kami sampai masjid agak awal. Nak pastikan kami dapat tempat untuk letak kereta kat kawasan masjid tu. Maklumlah, hari tu hari Jumaat. Oleh kerana kami sampai tersangatlah awal, maka tempat letak kereta sangatlah lapang dan lengang. Kami bersantai-santai dulu kat luar masjid, sebelum masuk ke dalam dan bersiap sedia. Sebahagian kami ada yang solat sunat tahyatul masjid. Yang lain duduk sopan dengan niat iktikaf. Masa yang terluang itu kami gunakan untuk bergambar sesama ahli keluarga. Bergambar dengan pengantin sebelum Abby jadi pengantin secara sah. Selain itu, kami hanya menunggu sehingga rombongan pengantin perempuan serta juru nikah tiba.
Bersambung...
|
Abang-abang kepada Abby dengan reaksi yang berlainan ketika menanti. |
|
Di samping Abah dan Mama. |
|
Abby sentiasa memastikan penampilannya nampak kemas dan anggun sebelum diijab qabulkan. |
|
Di samping Nad dan Nicha. |
|
Bersembang-sembang di antara kedua biras yang sangat akrab ini. |
|
Syafiq sedang mendengar nasihat Faiisal tentang alam berumah tangga. |
|
Bersandar kat dinding masjid ajelah dulu. |
|
Syauqi dan Syafiq yang pada ketika ini masih solo lagi. |
|
Amier cuba merapati Pak Longnya untuk mendapatkan nasihat mengenai sejarah negeri Perak. |
|
Bergambar sekeluarga. |
|
Semua hadir untuk meraikan Abby dan Zaleha. |
|
Sementara jemaah Jumaat belum sampai lagi, mari kita bergambar banyak-banyak. |
|
Kak Long dan Kak Esah. |
|
Fai - satu-satunya abang ipar kepada Abby. |
|
Abang Zahid solat sunat sekejap. |
|
Kak Uda mengemaskan barang hantaran. |
No comments:
Post a Comment