Bahagian 4 (Akhir)
Setelah sebahagian besar pelakon dan krew produksi diberi kesempatan untuk
berucap panjang meluahkan apa yang terbuku di hati, kini tibalah giliran Tuan Direktor Abang kamarul AR untuk merumus serta memberikan kata-kata penutup sebelum majlis ditangguhkan. Seperti selalu, kata-kata dari Presiden Hidayah itu sangat bersemangat, penuh harapan, padat dengan fakta, dan sarat dengan luahan motivasi. Visinya jauh. Matlamatnya ke gunung. Impiannya ke langit. Kami mendengar tanpa bersuara. Fokus dan menumpu.
|
Abang Kamarul AR memulakan kata-kata penutup. |
|
Abang Kamarul AR mahu mengekalkan keaslian bangsawan Melayu. |
|
Mahu kesemua yang terlibat memberikan kerjasama yang padu dalam produksi ini. |
|
Abang Kamarul AR lebih cenderung ke arah lakonan tanpa bantuan mikrofon di sisi bibir. |
Setelah tamat berbicara, seluruh hadirin dan hadirat berkumpul untuk bergambar beramai-ramai. Ada sebahagian yang perlu pulang awal kerana ada urusan yang lain. Seluruh team produksi nanti aku jangkakan boleh mencecah hingga hampir seratus orang barangkali. Ini merangkumi mereka yang berada di hadapan pentas mahu pun yang duduk di belakang tabir. Setelah puas bergambar, barulah kami bersurai.
Sebelum meninggalkan pekarangan Famili De Kota, ada yang santai-santai minum teh tarik di kedai bersebelahan. Ada yang sembang-sembang dengan teman-teman mengenai hal-hal yang pelbagai. Dan ada yang turut membantu mengemas kerusi meja. Kami bertolak dari situ kira-kira jam 12 tengah malam menghala ke rumah. Semoga segala yang dirancangkan akan terlaksana dengan baik dengan kesudahan yang memberangsangkan.
Kepada anda semua yang membaca entry kali ini, jangan lupa tarikh dan tempatnya: Bangsawan DEWA KENCANA di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut pada 15, 16 dan 17 September 2017 jam 8.30 malam. Ingat tarikh ini ya!
TAMAT.
|
Bergambar beramai-ramai. |
|
Sebahagian dari team produksi Bangsawan Dewa Kencana. |
|
Gabungan artis senior, artis muda dan artis sambilan. |
|
Saiz team produksi dijangka akan membesar lagi lima kali ganda. |
|
"Semuanya ini, Zack Kool punya pasal", kata Abang Kamarul AR. Zack Kool sekadar tunduk tanpa berbicara. |
|
"Kita ada dua hari aje lagi untuk siapkan prop sampan", pesan Abang Kamarul AR kepada Pak Malit. |
|
"Keris pusaka sakti pulak kena cari kat gua di Gunung Daik yang bercabang tiga tu". |
|
Tiba-tiba ada orang dari kedai sebelah menyampuk. Perbualan terganggu seketika. |
|
Azlansham menunjukkan cicak sebesar biawak komodor kat siling kedai. Pak Malit dan Marup Mustapha terpegun melihat cicak bersaiz gadang itu. |
No comments:
Post a Comment