m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 3, 2017

Hidayah Dewa Kencana: Ucapan setiap deligasi

Bahagian 3

Setelah naskhah bangsawan diagih-agihkan kepada pelakon dan krew yang terlibat, kini pengacara majlis - Nazri menjemput pula seorang demi seorang untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin dan hadirat yang ada di Famili De Kota pada malam itu. Nak cerita pasal harapan terhadap pementasan ini, boleh. Malah paling dialu-alukan. Nak cerita pasal pengalaman bersama Hidayah pun boleh. Nak bagi semangat kat semua yang hadir jugak boleh. Nak ceritakan pengalaman berlakon teater pun tak jadi masalah. Nak berdoa pun okay. Silakan. Sedikit kebebasan diberikan kepada sesiapa yang tampil ke hadapan untuk berbicara.

"Sebentar lagi, saya nak bagi mikrofon ini kepada anda. Sila menyanyi sesedap mungkin".
Abang Mubarak Majid menyanyikan lagu Lamunan Terhenti.
Tiba-tiba dia terhenti pasal lupa liriklah pulak.
Masa korus nyanyi balik, pasal part yang ini memang dia ingat.
Dean Sitara sebagai juri profesional sedang menilai nyanyian peserta uji bakat Bangsawan Dewa kencana.
"Saya akan mencuba menyanyikan lagu lama dari kumpulan Kool - Bebas! Itu pun kalau saya ingat lirik dia".
Abang Rosli Rahman sedang melayan lagu Melayu asli - Sri Mersing.
Ruby tak nak menyanyi pasal dia lebih suka menari. Tapi undang-undang di Famili De Kota tak boleh menari.
Ini adalah Mahkota Alam. Letaknya di kepala pentas Bangsawan.
Restoran Famili De Kota (FDK) tempat berkumpulnya ahli-ahli Hidayah untuk berdiskusi mengenai seni.
Pelakon-pelakon senior cakapnya ringkas. Simple. Santai. Tapi maksudnya dalam. Kami yang mendengarkannya pun berasa seronok dan teruja. Lan Zailan cakapnya banyak berseloroh. Tetapi di dalam selorohnya ada juga hal-hal serius yang disentuh. Pelakon-pelakon yang lebih muda gayanya bersemangat. Emosinya terzahir. Namun baik yang senior mahupun yang muda, masing-masing berfikiran positif dan yakin akan kejayaan bangsawan yang bakal dipentaskan ini.

Sempat Hairil dan Dean Sitara mengajak para hadirin hadirat menyedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarham Sufian, serta berdoa untuknya. Insan-insan yang rapat dengan Allahyarham sudah pasti berasa sedikit sayu dan tersentuh bila mana nama Allahyarham Sufian disebut-sebut dalam majlis ini. Al Fatihah.

Bersambung...

Abang Lan Zailan menyanyikan lagu Joget Pahang sambil berjoget Selangor.
Yatie Khalid memilih lagu balada - Ombak Rindu.
Yun jugak mimilih untuk tidak menyanyi. Sekadar nak buat announcement, "Testing satu, dua, tiga". Tu aje.
Brader silat cenderung untuk menyanyikan lagu M.Nasir - Mentera Semerah Padi.
Abang Hj Dollah sedang menanyakan penonton - apakah lagu pilihan mereka untuk didendangkan.
Azlansham sekadar nak berpantun saja, "Dua tiga kucing berlari, Sila-sila makan mi kari".
Wati pulak mendendangkan lagu Bossanova. "Hei cik abang menari bossanova..."
Nohman dengan lagu Brorey Marantika - Biar Bulan Bicara.
"Rinduuuuu.... rindu serindu rindunyaaaaaaaa......."
Hairil membaca doa selamat. Kami mengaminkan doa.
Pak Malit turut menadah tangan dan berdoa.
Begitu jugak dengan Abang Kamarul AR dan Along Yusry.
Gembira menerima skrip Bangsawan Dewa Kencana. Langsung tak berasa nak menyanyi.
Along Yusry disuruh menyanyi. Tapi dia malu.
Akhirnya turut mendendangkan lagu Anugerah Terindah, Malaikat, Awan Nano, Cinta Kristal, Potret, dan Telahku Tahu.
Dean Sitara - memilih lagu slow rock - Sentuhan Kecundang Ekamatra.
Kerana terlalu sayu, Dean Sitara mengajak para hadirin membacakan surah Al Fatihah, Al Baqarah dan Ar Rahman.

No comments:

Post a Comment