m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 12, 2015

Reunion produksi teater Tanah: Bertukar hadiah

Bahagian 4

Uih! Macam dah lama sangat aku tinggalkan kisah Majlis Kesyukuran Teater Tanah yang berlangsung di Hotel Peninsula pada Disember tahun lepas. Maklumlah. Tengah sangat-sangat-sangat busy kononnya. Sekarang baru ada lapang sikit untuk aku menyambung kisah yang belum sudah ini. Bacalah!

Penyampai sepatah dua kata yang selanjutnya adalah Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Maaf. Nama beliau tak dapat aku ingat, walaupun telah kukerah otak benakku untuk berfikir lebih keras dan fokus. Yang aku ingat, sepanjang beliau berbicara, bibirku berterusan menguntum senyum. Dan bila aku yang duduk betul-betul di hadapan beliau tersenyum panjang, beliau lantas membalas senyumanku. Yang aku pasti, apa yang bermain di fikiranku memang sama sekali tidak sama dengan apa yang bermain di fikiran beliau. Ada kalanya aku berharap agar beliau cepat-cepat menyudahkan ucapan, agar aku boleh berhenti tersenyum untuk seketika. Aku khuatir, senyumku bakal bertukar menjadi tawa. Setelah tamat ucapan diberikan, sekeping cek bernilai RM1000 dihulurkan kepada Abang Kamarul AR sebagai satu sumbangan menyokong aktiviti berteater yang giat dijalankan oleh Abang Kamarul AR dan kumpulannya.

Mewakili Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Ucapan pun bermula.
Penuh humor, yang mungkin tidak disengajakan.
Sumbangan RM1000 dari Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Terima kasih di atas pemberian ini.
Mewakili pihak belakang tabir, pihak teknikal, BK selaku pengarahnya telah tampil ke hadapan untuk memberikan sepatah dua kata mengenai apa yang team teknikalnya lalui sepanjang pementasan Teater Tanah. Ucapan BK ringkas dan sangat bersahaja.

Mewakili Team Teknikal.
Bersahaja omelannya.
Orang kuat di belakang tabir.
"Kini biarkanlah saya mendendangkan sebuah lagu sedih".
"Tajuknya ialah Deritaku Bahagiamu. Terima kasseyyy!!".

Sejurus BK selesai memberikan ucapan, sessi bertukar-tukar hadiah pun diteruskan. Bila nama si penerima dan nombor hadiah dibacakan, si penerima perlu ke hadapan, mengambil hadiah yang telah diuntukkan, membuka pembalut hadiah, dan menayangkan kepada hadirin. Masing-masing kelihatannya berpuas hati dengan hadiah yang diperolehi, walaupun ianya sekadar bingkai gambar bernilai RM2 yang dibeli di Kedai RM2! Tetapi di dalam hati, masing-masing sudah pasti menginginkan hadiah yang lebih mahal dan eksklusif.

Aku tidak menyumbang hadiah. Tetapi bagi mewakili isteriku, aku berharap agar kami akan beroleh hadiah yang sangat lumayan. Biarlah hadiah yang bakal dipadankan kepada kami nanti berupa kereta Proton Iriz ke, Proton Perdana ke, atau setidak-tidaknya I-phone 6. Tunggu punya tunggu, akhirnya nama isteriku dipanggil juga. Isteriku mengambil hadiah. Kecil hadiahnya. Kertas pembalut dikoyakkan. Ada kotak kecil di dalamnya. Dan di dalam kotak kecil itu pulak ada tersimpan barang perhiasan wanita seperti kerongsang. Isteriku berpuas hati. Sangat puas hati. Sebab kerongsang tu pun cantik jugak rupanya. Tetapi aku tak. Aku tak puas hati sebab tak beroleh apa yang diidam-idamkan - sebuah kereta Proton!

Bersambung...

BK membuka hadiah.
Giliran Mubarak Majid mengambil hadiah.
Hadiahnya berupa alatan dapur. Penyagat buah dan sayuran.
Gembira dengan hadiah berkhasiat ini.
Tak percaya memperolehi hadiah idaman kalbu.
Nazri mencemburui hadiah yang diperolehi Mubarak Majid.
Abang Ibrahim membelek hadiah yang diperolehi.
Dan hadiahnya berupa sebuah kotak!
Dan apa yang ada di dalam kotak? Biarlah rahsia.
Juhara Ayob pula membuka hadiah.
Terdengar bunyi tik tik tik. Adakah ia sebuah bom jangka?
Oh tidak sama sekali. Ia adalah sebuah jam dinding.
Isteriku dipanggil untuk membuka hadiah.
Apakah agaknya isi kandungannya? Tak mungkin ianya merupakan sebuah kereta Proton Iriz.
Oh! Keronsang emas 916 rupanya.
Aku akan bawa ke pajak gadai untuk menukarkannya dengan wang.
Buka hadiah lagi. Giliran Mimi pulak.

No comments:

Post a Comment