Bahagian 3
Setelah berbicara panjang dalam Majlis Kesyukuran Teater Tanah, diselitkan pula selingan berupa persembahan nyanyian oleh Rosman Mohd Noor. Rosman menyanyikan sebuah lagu yang turut diperdengarkan ketika pementasan teater Tanah kira-kira hampir sebulan lalu. Team produksi yang tahu lagu itu turut bernyanyi-nyanyi bersama Rosman yang turut memetik gitar semi-akustiknya. Dendangan Rosman penuh perasaan dan sangat mengasyikkan. Selain Rosman, Juhara turut membacakan bait-bait puisi diiringi petikan gitar oleh Rosman. Para hadirin kelihatannya sangat terhibur dengan persembahan ringkas itu.
Rosman Mohd Noor memetik gitar sebelum memulakan nyanyian. |
Memulakan petikan gitar dengan key B# minor dim 7. |
Mendapatkan mood sebelum melontarkan suara. |
Memulakan nyanyian merdu bak buluh perindu. Bukannya bak buluh betung, ya. |
Menyanyikan lagu yang agak puitis bait liriknya. |
Penuh perasaan. |
Penuh jiwa raga. |
Rosman mengajak hadirin untuk menyanyi bersama. |
Mendapat respond positif dari para hadirin. |
Gitar solo dan melodi. Ikut tempo, sama menyanyi. |
Bagaikan Man Kidal dan Joe Wings. |
Lafaz puisi oleh Juhara Ayob. |
Membaca puisi ringkas. |
Masih membaca puisi. |
Terusik dengan jenaka dibuat penonton. |
Puisi selesai dibacakan. Disudahkan dengan senyuman. |
Rosman Mohd Noor dan Juhara Ayob. |
Setelah persembahan nyanyian dan bacaan puisi oleh Rosman dan Juhara, sessi bertukar-tukar hadiah pula diadakan secara berperingkat-peringkat. Khabarnya, idea untuk bertukar-tukar hadiah ini telah diilhamkan oleh Mubarak Majid. Tujuannya ialah bagi menambahkan lagi warna dalam majlis kesyukuran ini. Turut mengharapkan agar para hadirin akan lebih akrab dan lebih memahami diri masing-masing. Hadiah yang diterima melalui cabutan undi perlu dibuka dihadapan hadirin. Dan sejurus selepas pembalut hadiah dibuka, hadiah dipamerkan kepada umum, semua yang di ruang majlis bertepuk sorak, sambil usik-mengusik di antara satu sama yang lain. Ruang majlis jadi gamat. Penuh keceriaan. Semua wajah mengukir senyuman. Terbit satu suasana yang sangat menyegarkan.
Kemudian Dean Sitara a.k.a. Barman tampil ke hadapan untuk memberikan ucapan mewakili pihak pelakon. Omongan Dean Sitara sangat beremosi. Hadirin senyap sunyi. Satu-satu patah perkataan yang dilontarkan Dean Sitara dikutip dan dihadamkan oleh para pendengar. Ucapan itu agak panjang. Tetapi kami sabar dan tekun mendengarnya.
Bersambung...
Halim Zainal orang pertama yang membuka hadiah. |
Hadiah berupa vacuum cleaner versi portable. |
Halim bangga dengan hadiah yang diperolehinya. |
Peserta selanjutnya yang mendapatkan hadiah. |
Buka hadiah lagi sambil anak didukung. |
Apakah agaknya isi hadiah ini. |
Oh! Ia adalah sebuah..... |
Giliran Dean Sitara memberikan ucapan. Mewakili para pelakon. |
Mengeluarkan teks yang agak panjang. |
Pelbagai emosi diluahkan. |
Terharu. |
Sebak. |
Bersemangat! |
Dan penonton turut bersemangat mendengarkannya. |
No comments:
Post a Comment