19 Disember 2014 - Menghampiri perayaan Hari Natal, kawan ofis wife aku, Shan Shan ada buat majlis party sikit kat rumah dia. Dia mintak wife aku sediakan lauk ayam untuk dimasak barbeque. Jadi wife aku pun belilah ayam dekat 10 ekor dan buat resipi ayam percik untuk dibawa ke rumah kawannya itu. Masa tu cuti sekolah. Maka pada petang hari majlis tu, wife aku dengan ditemani Syahmie dan Wanie telah pergi ke rumah Shan Shan terlebih dulu untuk membawa ayam percik dan tempat bakar barbeque ke rumah Shan Shan bagi persiapan majlis party itu. Sedangkan aku yang balik agak lewat, menyusul kemudian dengan Amier dan Sabriena.
|
Acara bertukar-tukar hadiah bermula. |
|
Melihat apakah hadiah yang telah dipilih. |
|
Anak Shan Shan dengan barang permainannya. |
|
Seorang lagi teman memilih hadiah. |
|
Jam tangan Ben 10 tersemat di lengan. |
|
Anak Shan Shan memilih hadiah bagi pihak tetamu. |
|
Memperagakan hadiah yang telah dipilih. |
|
Selfie dengan Sabriena. |
Aku sampai rumah Shan Shan agak lewat sikit. Masa tu semua orang dah mula berkumpul kat ruang tamu untuk acara bertukar-tukar hadiah. Aku pulak baru nak mula makan. Syahmie dan Wanie pun dah selesai makan. Maka mereka duduk lepak kat luar rumah sambil menjadi pengawal makanan yang terhidang di porch rumah.
|
Suami Shan Shan menjadi pengacara majlis. |
|
Seorang teman sedang memilih hadiah. |
|
Membelek hadiah. |
|
Sabriena dan mamanya sedang enjoy melihat adegan bertukar-tukar hadiah yang agak dramatik ini. |
|
Tapi Sabriena tak boleh duduk diam lama-lama. Dia mesti nak berlegar ke sana sini. |
Dan berlangsunglah satu 'game' tukar-tukar hadiah. Aku sebut 'game' pasal dia bukan sekadar bertukar hadiah saja, tapi boleh main curi hadiah orang lain pulak tu. Game yang macam ni ada dibuat di ofis wife aku. Setiap orang kena bawak satu hadiah. Tak kiralah hadiah apa pun. Kesemua hadiah tu akan dikumpul dan diletakkan di hadapan semua peserta. Bila nama dipanggil, orang tu hendaklah memilih satu hadiah yang terkumpul tu. Tapi ia tak habis kat situ aje. Bila nama orang lain pulak yang dipanggil, kalau orang tu berkenan dengan hadiah yang kita miliki, dia boleh 'curi' dan ambil hadiah dari kita. Kat situlah yang mencabarnya. Bila hadiah kita dah diambil orang, kita kenalah pilih hadiah yang lain yang terkumpul kat depan kita. Macam tulah lebih kurang game-nya.
|
Membuka hadiah. |
|
Gembira dengan hadiah yang dipilih. |
|
Nadia sedang memilih hadiah untuk 'dicuri'. |
|
Target telahpun dikenalpasti. |
|
Membuat kajian tentang hadiah yang bakal dipilih. |
|
"Every body has gotten his gift?" |
|
"Let's call it a wrap. Thanks guys!" kata husband Shan Shan. |
Aku sekadar menonton para tetamu bermain game tukar-tukar hadiah. Ada jugak yang agak emosi bila hadiah yang telah dipilih 'dicuri' orang. Tapi macam tulah cara game tu dimainkan. Sambil-sambil tu, mulut ku masih berterusan memakan barbeque ayam percik yang kami bawa dari rumah.
Sebelum bersurai, kawan-kawan wife aku bergambar beramai-ramai dengan tuan rumah, Shan Shan. Kami bertolak balik mungkin sekitar 10 malam kalau aku tak silap. Dan kami pun pulang dalam keadaan agak keletihan, dan tidur dengan nyenyak.
|
Kengkawan ofis wife aku. |
|
Bergambar beramai-ramai. |
|
Antara tetamu yang hadir bergambar bersama Shan Shan. |
|
Bergambar dengan pokok krismas. |
|
Bersembang dengan teman-teman rapat. |
|
Bersama Nadia dan Shan Lin. |
|
Pokok krismas penghias ruang tamu. |
|
Anak-anak menonton tv cerita kartun. |
No comments:
Post a Comment