10 Januari 2015 - Pada suatu pagi, aku, isteri dan Syahmie pergi ke gerai kawan sekolah wife aku, Lelawati, untuk bersarapan pagi. Dah pakat-pakat dengan kengkawan yang lain nak sarapan pagi ramai-ramai kat situ. Patutnya berkumpul sekitar jam 9 pagi. Tapi bila kami sampai jam 10 pagi, sorang pun tak sampai lagi. Yang ada cuma tauke kedai - Lelawati dan beberapa orang pelanggan sedang makan dan minum pagi.
|
Alizan sampai dan join minum semeja dengan kami. |
|
Tauke kedai, Lelawati duduk bersembang dengan kami. |
Tanpa buang masa, aku dan Syahmie terus aje buat order, "Nasi mandy Arab dengan mandy kambing satu! Beef steak well done tiga! Air nak fresh mango blended campur aiskerim vanila 2 scoop gelas besar!" "Errr... pakcik, kat sini tak jual semua tu. Kalau nak nasi lemak dengan kopi-o adalah," jawab salah sorang pekerja Lelawati. "Oh. Ya ke? Kalau cenggitu, bagi ajelah nasi lemak dengan teh tarik. Tarik kasi panjang, tapi buih tak nak banyak". "Ok, siap!" Dan aku dan Syahmie pun memulakan memakan juadah yang kami order dengan penuh berselera sekali.
|
Faizal pun sampai jugak. |
|
Berbincang pasal GST, NST dan TNT. |
|
Alizan menceritakan pengalamannya menyaman lima orang menteri sekali gus kerana letak kereta merata-rata. |
Tak lama kami kat situ, Alizan pun sampai. Kemudian Faizal jugak sampai. Dan lepas tu, Shidi jugak sampai. Selepas aku dan Syahmie selesai makan dan minum, kami pun nak membuat bayaran kepada Lelawati. Tapi telah dipintas oleh Shidi, "Biar aku yang bayar". Kemudian Faizal menyampuk, "Korang dah biasa bayar. Kali ni biar aku pulak yang bayar". Lelawati nampaknya bagaikan tak puas hati. "Aku tauke kedai. Biar aku aje yang belanja korang makan pagi ni". Sorang pakcik tua yang duduk di meja sebelah, yang dari tadi mendengar perbalahan kami telah mencelah, "Apa ribut-ribut ni? Anak semua jangan susah. Biar pada pagi ni, pakcik aje yang bayar". Seorang makcik berbaju kurung kedah yang kebetulan lalu kat situ tetiba masuk campur. "Hoi korang semua! Tak reti-reti lagi?! Aku kata, biar aku aje yang bayar! Ada faham?!!!" Kami semua berpandangan antara satu sama yang lain bila mendengar nada suara makcik tadi yang agak keras dan marah.
Kemudian kami, termasuk makcik dan pakcik tadi terus aje berbalah mulut tak sudah-sudah. Masing-masing nak membayar makan sarapan pagi tu. Sampai dekat tiga jam kami berbalah. Akhirnya Alizan telah meniup wisel dan menggunakan kuasa veto-nya sebagai penguatkuasa DBKL. "Selaku penguatkuasa yang berpegang kepada prinsip Rukun Negara, aku mengisytiharkan pada pagi ini biar aku yang belanja. Pasal hari ni adalah hari birthday aku. Segala bantahan adalah ditolak sama sekali! Siapa menentang, akan disaman." Kami mendengar. Dan kami akur.
|
Shidi terpegun mendengar cerita Faizal tentang cara-cara melebatkan rambut dengan menggunakan sejenis tonik ramuan rahsia. |
|
Sejenak menikmati aroma teh tarik yang segar. |
Beberapa orang kawan lain turut datang agak lewat sedikit termasuklah Azizan, Ina, Nori dan lain-lain. Majlis bersurai selepas makan tengah hari masakan Lelawati. Terima kasih kepada yang membelanja kami. Sekian, terima kasih.
|
Bercerita pasal bisnes MLM. |
No comments:
Post a Comment