m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 1, 2012

Dato' Kuchai: Di sekitar perjalanan majlis

Bahagian 2

Aku sampai kat tempat majlis meraikan Dato' Hj Kuchai di Restoran Tajine pada kira-kira jam 9.40 malam. Masa tu makanan kat tempat buffet dah surut. Kambing golek pun dah tinggal tulang jer. Untuk ambil berkat, aku pun gigitlah tulang tu sambil mengembek sekuat hati pada malam yang hening itu. Setelah bertawaf untuk bersalaman dengan semua rakan-rakan Wattopers, aku pun cari tempat duduk. Ambil ayam potong dua tiga ketul, ambil buah, salad dan kuih dessert serta kopi Arab, lalu duduk diam-diam makan dan minum sampai habis. Kebetulan aku pun dan bersantap dulu kat rumah sebelum datang ke sini. Jadi masa aku datang tu dengan perut kenyanglah. Makan minum dah jadi perkara kedua. Yang penting dapat jumpa kengkawan lama yang terhimpun sebegitu ramai pada malam tu.

Aku ingat aku yang paling last sampai. Rupa-rupanya lepas aku sampai, tiba pulak Chaan, Azli Ramzah, Mazeli, Azhar Kong dan Kader. Masa Kader datang, siap dapat tepukan gemuruh dan standing ovation lagi pulak tu, being the last to make special appearance kat majlis tu.

Wen dan Nuar.
Kapok sedang asyik bercerita pasal jenis-jenis kambing di benua Arab.
Aku sebenarnya agak kagum jugak dengan jumlah teman-teman yang datang walaupun diberi notis singkat. Ada yang datang dari Kelantan macam Madi, dari Terengganu macam Nasar Penyu, dari Sarawak macam Zaki, dari Ampang macam aku. Itu aku tak cerita lagi pasal kawan kami yang datang dari planet Pluto naik space shuttle ke KL semata-mata nak jumpa kengkawan semua. In fact malam tu jugak dia kena balik ke Pluto pasal esok harinya kerja. Tapi tak payahlah aku cerita siapa dia kan. Adalaaahhh...

Dato' Hj Kuchai (orang yang diraikan), Pok Hair da JJ.
Jeli Hashim (bukan jelly kelapa) dan Nyok.
Dalam dewan Tajine memang agak panas pasal tak ada air-cond. Tapi perbualan antara rakan-rakan sebaya lebih panas lagi berkisar segala macam aspek dan tajuk dari soal keluarga, soal kerja, politik, resipi masak asam pedas, hinggalah ke subjek-subjek berkenaan ilmu hisab, kajian tempatan, add math dan kimia. Pokok pangkalnya ada saja topik yang nak dibualkan.

Muzmi Bulu dan Hazli.
Che Hab sedang menikmati juadah (bukan apa kejadah).
Tapi sebelum tu, Dato' Hj Kuchai telah memberi ucapan yang serba ringkas dan teratur kepada hadirin yang hadir. Tapi masa tu aku tengah tersesat kat Kuala Lumpur. Maklumlah, orang Ampang jarang datang KL. (Yalah tu). Tapi aku imagine mungkin Dato' Hj Kuchai bercakap macam ni:

"Kepada Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk yang hadir pada malam ini, saya ingin merakamkan, sebuah lagu dalam album, eh, maaf, maksud saya ingin merakamkan rasa syukur ke haderat Ilahi kerana kesempatan yang hebat ini yang telah diberikan kepada kita semua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat saya kerana telah menyokong saya selama ini. Tanpa anda, siapalah saya. Dan seterusnya..." (Aku agak aje macam tu bunyi dia).

Jenal dan Joya.
Izam Belon dan Jehe (yang aku tak berapa cam pada mulanya).
Kebanyakan wajah aku masih boleh kenal walaupun dah lama terpisah. Tapi ada jugak yang aku tak berapa nak cam. Antaranya ialah Azhan Ahmad @ Jehe. Sorry bro. Mata aku dah blur sikit kot. Ada yang menyimpan janggut semakin panjang. Ada yang membela perut semakin ke depan. Ada pulak yang dah pasang lebih bateri untuk bagi power lagi lampu kat kepala. Dan ada yang masih maintain dara!

Wak Halim Buntal bagaikan pendekar sakti menceritakan kepada Bujang Lapok detik cemas ketika bersilat dengan geng Ahmad Nesfu di jeti.
Rushdan dan Mus Boboque.
Tatkala kengkawan rancak berbual, aku pun berbual jugak. Tapi semua orang tau yang aku ni bukan kaki borak sangat. Cakap satu topik, kejap aje dah tamat. Tak reti nak panjang-panjangkan cerita supaya perbualan lebih menarik dan berlangsungan. Sebab tulah aku tulis blog aje. Korang pun tau aku memang minat menulis sejak sekolah lagi.

KD, orang kanan Dato' Hj Kuchai.
"Tengok ini time, apasal engko datang lambat?" Mus Boboque memarahi aku yang tiba lewat.
Chud yang riang. Ada tanda-tanda nak dapat Datuk jugak rasanya.
Kira-kira jam 11.30 malam aku minta diri untuk balik. Lesen aku expired awal. Tapi Joya dah balik lagi awal dari aku. Diikuti Megat. Lepas bersalaman dengan semua orang, termasuk tukang cuci tandas kat restoran tu, aku pun mengundurkan diri. Bukan jalan mengundur! Puas hati aku dapat jumpa geng-geng lama. Ada di kalangan kengkawan MRSM-KB aku ni yang sama-sama belajar kat Amerika, dan kat UTM. Aku nengok bond kami ni (bukan Bond Azmi Che Pa) memang kuat dan semoga berkekalan macam tu. Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada Dato' Hj Kuchai. Terima kasih kepada Mus Boboque yang organise majlis. Terima kasih Pau yang bagi mesej kat aku. Terima kasih kepada semua Wattopers. Jumpa lagi di masa dan tempat yang lain pulak. Adios amigos!

Joe, cool menghisap rokok yang tersimpan lama sejak form 5 dulu.
Madi, aku rasa geng Wattop yang paling tinggi sekali kot. Pun dah start hisap paip.
Hisham Gendut yang dah kurus dan Halim Petai yang selalu wangi.

Dato' Kuchai: Muqadimah

Bahagian 1

Hj Kuchai telah dianugerahi gelaran Dato' dari Pahang tak berapa lama dulu. Sekarang beliau dah bergelar Dato' Hj Kuchai. Lalu rakan-rakan sekolah lama beliau di MRSM Kota Bahru atau digelar WATTOP, memberikan ucapan tahniah setinggi gunung atas pencapaian yang bukan calang-calang orang mampu memperolehinya. Dan secara sepontan, Hj Roy mencadangkan pencapaian ini harus diraikan besar-besaran di kalangan Wattopers. Dan tukang sponsor-nya ialah Dato' Hj Kuchai sendiri. Ohhhh... patutlah puji dulu, jack dulu, baru mintak belanja... He he he. Strategi ini menjadi. Lalu Dato' Hj Kuchai juga bersetuju untuk membelanja kami semua di sebuah restoran Arab bernama Tajine. Plan asal nak buat kat negeri Arab betul-betul. Tapi kira-kira balik campur tambang, nak siapkan pasport lagi, akhirnya kira settle kat KL ajelah. Pun okay jugak. Janji ada yang nak sponsor.

Inilah Restoran Tajine yang betul.
Ini pulak ialah signboard Restoran Tajine yang asli.
Mus Boboque telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Dan dengan pengalaman selama hampir 30 tahun dalam arena pengendalian majlis, maka segalanya telah berjalan dengan sangat lancar seperti yang telah dirancangkan. Dan ahli Wattop yang telah berjaya dikumpulkan ada seramai lebih 60 orang. Ramai jugak tu! Tapi aku tak sempat pulak nak menghitung jumlah sebenar yang datang. Acara yang dirancang secara sepontan melalui emel ini telah begitu pantas mendapat feedback positif dari ahli-ahli Wattop. Dari sepuluh kepada dua puluh, tiga dan empat puluh sampailah melepasi angka enam puluh! Semua terancang dalam masa seminggu lebih kurang. Memang hebat!

Kader paling last sampai. Tak taulah pulak kalau ada yang lagi lewat dari Kader, pasal aku dah chow awal.
Aku pulak sebenarnya tak perasan yang majlis tu nak dibuat pada hari Satu baru ni. Ingatkan lambat lagi. Hinggalah kawan kami, Pau maklumkan pada aku. Baru aku kelam kabut maklumkan pada Mus Boboque bahawa aku pun nak join sama. Terima kasih Pau kerana inagatkan aku.

Chaan datang lebih lewat dari aku. Tengah lapar dan nak cari makan.
Aku keluar rumah lepas maghrib. Masa tu dekat jam 8.30 malam. Sebelum tu aku dah nengok kat Google lokasi Restoran Tajine ni. Aku nampak ada sebijik kat Jalan Bukit Bintang. Lalu aku pun terus bawak kereta menuju ke sana. Jalan nak keluar punyalah jam teruk. Sampai kat kawasan Bukit Bintang, lagilah ramai orang dan jam. Dalam hati aku terfikir, biar betul diorang buat majlis kat tempat sesak macam ni. Nak parking kereta pun susah bukan main. Lalu akhirnya aku masuk ke dalam bangunan Standard Chartered dan parking kat tingkat 7. Kena bayar RM5.00 per entry. Dan menapak agak jauh untuk tiba kat Restoran Tajine Jalan Bukit Bintang. Sampai kat sana, aku terus masuk dan order kambing golek 3 ekor, bersama nasi Arabia al-Jazeera lima pinggan. Setelah kenyang makan kat situ sampai tersandar, barulah aku perasan sesuatu. Eh! Mana pulak kengkawan aku yang lain. Sorang ahli Wattop pun tak ada! 

Aku call Pau lagi. "Pau, kat mana tempat restoran yang buat gathering tu? Aku tak jumpalah!" "Engko kat mana?" tanya Pau. "Aku kat Bukit Bintang". "Engko kena pergi KLCC dulu. Dari KLCC engko naik teksi pergi KLIA, naik kapalterbang hala ke selatan. Pas tu naik pulak bas hala ke utara balik sampai engko jumpa Jalan Tun Razak. Tapi engko jangan pulak cari Tun Razak! Dia dah lama dah meninggal. Engko pergi ikut jalan belakang. Bukan Jalan Hj Taib lah... Ikut Jalan Inai. Terus lagi sampai engko nampak muka Mus Boboque sedang tersengih kat pintu depan. Itulah dia tempat dia!" "Okay. Terima kasih, Pau".

Aku ikut sebijik-sebijik arahan Pau sampailah aku sampai kat Restoran Tajine yang betul kira-kira jam 9.40 malam. Jarak dari Ampang Jaya ke situ memang dekat. Tapi salah jalan punya pasal, lebih sejam baru aku sampai. Tapi syukur, masih diberi kesempatan bertemu kengkawan yang dah cukup lama aku tak jumpa. Kepada Dato' Hj Kuchai, tahniah setinggi-tingginya dan terima kasih kerana belanja kami makan malam tu.

Azli Ramzah dan Mazeli yang jugak tiba lambat makan apa yang tinggal ajelah.
Megat buat isyarat "good". Tak taulah apa yang good, makanan dia, atau majlis dia, atau ada benda-benda lain...
"Ana dulu hisap paip air laaa. Sekarang ana sudah tukar. Ana hisap ini paip kayu pulak laaa.." kata Roy.
Mazeli baru sampai. Kelang banjir ke?
Madi menangkap tangan Azhar Kong dan menguncinya dengan mangga.
Mael Shah maintain cool...
"Aku tengok perut kau ke depan, dahi makin luas. Apa cerita ni bro?" kata Tengku kepada Zaki.
"Macamlah aku tak tau, kau pakai kupiah pasal dahi kau pun luas macam aku jugak kan, kan, kaaannnnn..." balas Zaki.
Rafi terpaksa kerja extra hour sebagai bouncer menjaga pintu masuk belakang ke Restoran Tajine.
Pok Me dan Azli Ramzah.
Jeli Hashim, Chaan dan Nyok. "Chaan, janganlah letak tangan you kat bahu I. Geli laaahhh..."
Mat Keri dan Mat Jeng Kuda.

Fadzal dan warna pink dan hitam: Badut yang kelakar

Bahagian 2

Pada majlis hari jadi anak Fadzal Sabtu minggu lepas bukan saja ada acara makan-makan, tapi jugak ada badut yang tukang menghiburkan kanak-kanak yang datang. Nama badut tu ialah Awang De Clown. Muka dia aku pun tak tau hensem ke tak, pasal make-up badut dia terlalu tebal sampai menyembunyikan wajah sebenar dia. Tapi....walaupun muka mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...

Ini adalah beg rahsia Awang. Tak taulah apa benda yang disimpan kat dalam ni.
Masa kami sampai, si Awang tengah sibuk melayan anak-anak. Dia mengendalikan game yang macam-macam. Kanak-kanak memang suka betul. Ketawa terbahak-bahak melihat tingkah Awang dan sering jugak Awang berloyar buruk kat kanak-kanak. Tapi kanak-kanak tak kisah. Mereka nampak happy aje sepanjang masa.

Awang berinteraksi dengan kanak-kanak.
Bercerita dan bermain adalah tugasan yang telah diberikan kepada Awang.
Kanak-kanak terpukau dengan keletah Awang.
Awang mengajar cara kencing gaya anjing.
Sedang mengikut tingkah laku Awang.
Selain dari badut bernama Awang, ada jugak aktiviti menconteng / menghias wajah yang dilakukan oleh dua orang artis grafiti jalanan. Mereka ni sangat pakar memberi impak pelbagai ke atas wajah kanak-kanak yang menyanggupi wajah mereka diconteng. Boleh tukar muka jadi hensem macam Aaron Aziz atau jadi macam artis hangat seperti Neelofa. Tapi budak-budak lebih suka kalau wajah mereka dihias dengan karaktor-karaktor fantasi. Tapi dengar cerita brader yang conteng muka orang tu tersalah bawak cat. Dia terpakai cat permanent yang tak boleh dicuci kot. Hmmmmm.... aku pun tak tau. Nanti kena check balik dengan Fadzal. He he he... Anyway, majlis harijadi hari tu memang happening dan colourful sangat. Sekali lagi terima kasih kepada Fadzal dan keluarganya kerana menjemput kami.

"Kuning, pink, biru, lepas ni purple, merah, oren, hijau, cokelat... Alamak! Macam rainbow pulak!"
Adik ni tahan nafas terlalu lama sampai naik biru muka dia.
Yana dengan wajah ala-ala rama-rama, eh tak, burung kot, atau jari kaki orang...  Apa-apa ajelah, janji comel.

Fadzal dan warna pink dan hitam: Warna warni

Bahagian 1

Sabtu lepas kami ke rumah kawan kami, Fadzal. Dia jemput kami datang rumah sambut birthday anak dia. Nak pergi rumah dia kena pakai baju bertema - baju warna pink untuk perempuan, dan baju warna hitam untuk lelaki. Aku rasa konsep pink dan hitam ni datang dari warna air bandung bercincau. Okaylah. Kami pun berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan dan terus menuju ke destinasi.

Di sinilah bermulanya party happy birthday.
Khemah dipasang, tetamu juga ramai yang datang.
Sesampai di sana, kami nengok orang dah berduyun-duyun datang. Masing-masing berpakaian baju warna pink dan hitam. Telah terpasang beberapa buah khemah yang besar merentang jalan. Memang agak gah dan grand. Boleh dikategorikan besar-besaran jugaklah. Sangat selesa kami yang datang  ke sana. Aku dan keluarga terus mendapatkan makanan yang pelbagai rupa dan rasa. Ada laksa utara, ada kuih-muih, ada ice-blended, ada roti jala, dan macam-macam lagi makanan ekzotik seperti belon pink masak asam pedas, riben hitam masak cili, dan air bandung yang diimport dari Bandung, Indonesia. Makanan yang ringan-ringan, tetapi cukup menyelerakan.

Menikmati keenakan pulut panggang.
Anak-anak diberi topi kon sorang satu. Tapi anak-anak aku sorang pun tak nak pakai topi tu. Mereka lebih suka pakai kon jalan yang warna oren tu. Amier pulak entah kenapa mood dia agak off sikit petang tu. Muka monyok aje. Kami nak borak-borak dengan kawan-kawan pun terganggu. Lepas dah layan Amier, barulah boleh kami teruskan bergebang.

Amier cuma layan roti jala tanpa kuah. Enam ketul roti jala Amier bedal.
Sessi makan masih berterusan.
Hanif sedang terkagum mendengar abang Hashim bercerita pengalamannya masa zaman Jepun dulu.
Bersama Ratu.
Keluarga Sani.
Ramai jugak kengkawan yang datang. Masing-masing hadir untuk memeriahkan lagi suasana yang memang telah sedia meriah. Kanak-kanak dihiburkan dengan aksi badut dan permainan santai. Mak bapak berborak sakanlah.

G-Ha bercerita cara menggoreng keropok menggunakan minyak petrol kat off-shore.
Kawan Facebook isteriku.
Empat sekawan yang akrab.
Empat sekawan yang akrab bergambar lagi.
Wanie pakai topi kon dengan perasaan sedih, kerana terpaksa. Akulah yang paksa...
Hafiz dan Zack bercadang nak habiskan semua makanan terhidang.
Pada penghujung acara, Fadzal ada membuat acara cabutan bertuah untuk kanak-kanak. Banyaklah hadiah yang lumayan telah dibagi kepada kanak-kanak yang bernasib baik. Hadiah utama (grand prize) adalah kereta BMW yang hebat. Ketika nombor dipanggil untuk pemenang bertuah kategori hadiah utama ni, terkeluar pulaklah nombor Fadzal sendiri. Jadi kereta BMW tu balik semulalah kat tuan dia sendiri. Fadzal menghela nafas panjang dalam kelegaan.

Fadzal mengagih-agihkan hadiah kepada pemenang bertuah.
"Dan pemenang bagi hadiah kereta BMW adalah..... saya sendiri!!! Tahniah untuk saya!!!"
Kek harijadi kali ni sangat hebat. Tiga tingkat tingginya. Masa tukang buat kek tu nak buat kek, dia siap kena pakai lori kren nak siapkan kek yang hebat ni. Rasa kek ni jugak sangat sedap. Tapi masa aku nak ambil gambar kek ni, dah tinggal dua tingkat aje. Tingkat yang paling atas sekali tu dah kena potong kot.

Kek tiga tingkat yang tingginya hampir menyamai ketinggian KLCC.
Bergambar bersama sebelum pulang.
Sungguh-sungguh anak Zack tak nak nengok kamera aku.
Kawan-kawan kami yang agak terlewat datang ialah Zack dan Hafiz. Ditanya kenapa mereka datang lambat, pasal rupanya mereka dah ikat kontrak dengan Fadzal untuk bekerja di sektor dapur - cuci-mencuci pinggan. Okaylah, kami pulak tak dapat tunggu lama untuk membantu. Setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, kami pun terus balik meninggalkan Zack dan Hafiz melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi dan bersemangat. Terima kasih kepada Fadzal. Dan selamat hari lahir kepada anak perempuan Fadzal.

Zack membuat aksi pelik tetapi benar.
Kenapa lidah Zack terkeluar panjang? Sebab dia nak tangkap lalat!
Bapa dan anak.
Bergambar dengan birthday girl.
Terima kasih Fadzal.