m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 10, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Memanah biar tepat ke sasaran

Bahagian 8

Salam sejahtera buat semua pembaca. Terdahulu aku ingin memohon kalian menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah-arwah yang telah pulang menemui Penciptanya, khususnya buat kekanda-kekanda kami - Allahyarhamah Kalsom Binti Atan, Allahyarham Nordin Bin Atan dan Allahyarham Akasyah Bin Atan yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lalu, 2019. Sentiasa mendoakan roh mereka digolongkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Para muttaqin dan syuhada. Al-Fatihah!

Aku berhasrat untuk menghabiskan kisah Hari Keluarga di Jeram ini yang berlaku pada bulan Februari tahun lepas. Kisah ini bagaikan sebuah diari yang aku tulis, yang menceritakan detik-detik indah ketika bersama keluarga, teman-teman, atau apa saja kenangan lampau buat bacaan dan rujukan kita semua. Blog ini juga bagaikan sebuah album gambar untuk kita semua tatap dan imbau peristiwa silam. Izinkan aku memulakan kisahku lagi.

Pada awal paginya kami menjengah padang pancing yang letaknya kira-kira 50 meter dari tempat penginapan kami. Kami terpaksa berhenti memancing kerana air telah terlalu surut jauh ke tengah. Kami mengalihkan perhatian kami kepada aktiviti memanah pula. Masing-masing bersemangat untuk mempamerkan bakat memanah yang ada terpendam dalam diri. Tengah hari nanti akan diadakan pertandingan memanah. Dan hadiah yang ditawarkan agak lumayan juga dengar khabarnya. Abang Zainuri, Abang Karim, Allahyarham Abang Leman, Hafez, Syauqi dan Akid bergilir-gilir mengambil peluang mencuba nasib dan kepakaran untuk memanah tepat ke papan sasar. Zusssss!!!

Abang Zai memulakan panahan di pagi hari.

Cubaan kedua dijangka lebih tepat ke sasaran.

Membidik untuk menghasilkan yang terbaik.

Cubaan tadi tersasar. Tanpa kenal putus asa, Abang Zai terus mencuba lagi.

Biji mata disatukan dengan busar panah.

Panahan yang bakal mendapat bull's eye.

Abang Karim dengan busar DIY-nya.

Dengan tenang anak panah disangkutkan pada tali.

Menyedut udara segar agar banyak oksigen yang mengalir di dalam darah.

Tali ditarik tegang.

Panahan ini bakal mengegarkan dunia.

Ini gambar Allahyarham Abang Leman sedang mencuba untuk memanah.

Memasang anak panah.

Bersedia.

Membidik.

Cubaan selanjutnya.

Bersedia untuk melepaskan panah.

Hafez juga tak mahu ketinggalan.

Ini dinamakan panahan tradisional Pendekar Mastor.

Anak panah disangkutkan pada tali dengan penuh waspada.

Niat di hati nak panah burung.

Tetapi bertukar kepada memanah kijang.

Sewaktu orang dewasa sibuk melayan panah dan busar, anak-anak lebih sibuk berbuai di hammock, dan sebahagian yang lain melakukan aksi yang leih lasak seperti memanjat pokok. Semua ahli keluarga kelihatan sangat gembira dengan aktiviti yang pelbagai dan beraneka jenisnya. Masing-masing sebenarnya sedang menunggu sarapan siap. Kalau dah siap nanti bolehlah kami makan beramai-ramai. Tentu seronok dan meriah. Sementara itu, jomlah kita terus memanah, berbuai dan memanjat pokok-pokok yang wujud di daerah Jeram ini.

Bersambung...

Amier sedang mencipta lagu di atas hammock.

Lagu berjudul "Laju, Laju, Hammock-ku Laju".

Ilham sedang datang mencurah-curah.

Hani juga sedang berehat di atas hammock.

Adam dan Mukamil lebih selesa memanjat pokok-pokok hutan belantara.

Panjat pokok pada ketinggian 150 meter.

Mereka sedang berusaha untuk mendapatkan madu lebah di puncak pokok tualang.

Mukamil ternampak sarang burung helang.

Berkarya di hammock.

Syauqi juga ingin mencuba.

Membidik ke arah papan sasar.

Tepat mengenai batang pokok kelapa.

Mencuba lagi.

Akid menunjukkan cara-cara memanah dengan betul. Mula-mula pakai kain pelekat.

Lepas tu tumpukan perhatian ke arah papan sasar.

Tiga jam kemudian...... Masih memberikan tumpuan ke papan sasar.


No comments:

Post a Comment