Bahagian 3
Setelah
hujan berhenti, perlawanan tenis diteruskan kembali, walaupun gelanggang masih basah. Untuk mengelakkan tergelincir akibat lantai basah, para pemain telah menukar kasut masing-masing kepada kasut larian trek olahraga yang mempunyai paku di tapaknya. Dengan kasut ini nampak gayanya pemain dapat bermain dengan lebih selamat.
|
Hashim dari Kumpulan Bakawali sedang menanti pukulan dari Haini dan Halim. |
|
Halim sedang menanti dengan tabah akan pukulan jurus angin lintang oleh Hashim. |
|
Eddy menjadi umpire pada pertembungan Hashim-Jimmy menentang Haini-Halim. |
|
Piala pusingan rebutan semua pemain. |
|
Pertarungan yang melibatkan Datuk Zainal. |
|
Putera Amir sedang bereksperimentasi. |
|
Acara single Jimmy menentang Ashraf. |
|
Kalau tak salah aku, Jimmy telah memenangai perlawanan ini. |
|
Faiz sedang menanti untuk membuat pukulan forehand. |
|
Berlari ke depan mendapatkan bola. |
|
Reket dihayun. |
|
Reket diangkat tinggi. |
|
Bola pun datang naik bas ekspres. |
|
Dan pukulan dibuat tanpa rasa ragu. |
|
Sempurnalah satu pukulan yang hebat. |
|
Danial dan Faiz bertembung dalam acara single. |
|
Ir Danial tumpas dalam perlawanan ini, walapun dengan menggunakan banyak theorem Engineering. |
|
Joko menjadi umpire untuk perlawanan single ini. |
Perlawanan demi perlawanan berlangsung dengan sangat sengit, walaupun court masih basah. Kami bermain sampailah court kering. Semakin lama semakin rancak pertembungan ini, demi meraih suatu kejuaraan yang sangat berprestij.
Aku sempat menyaksikan perlawanan yang membabitkan Datuk Zainal. Walaupun usia Datuk dah agak meningkat sekitar 70 tahun, namun Datuk Zainal masih lagi dapat bermain dengan baik. Cuma pergerakan aje yang agak perlahan. Kredit harus diberikan kerana kesungguhan dan semangat yang beliau tunjukkan kepada pemain-pemain muda. Kehadiran Datuk selaku penaung TTC, sedikit sebanyak telah menambahkan lagi kemeriahan pesta pertarungan pada petang itu.
Bersambung...
|
Pertarungan yang melibatkan Datuk Zainal. Eddy jadi umpire. |
|
Amy menggalas tugas yang berat pada kali ini. |
|
Ashraf menggunakan kuasa pukaunya untuk menghentikan bola yang sedang melayang. "Fuh! Berhenti!!!" |
|
Sedang membuka jurus silat gayung Panglima Alibaba. |
|
Dan disadurkan pula dengan buah jurus Panglima Berantai Nusantara. |
|
Lantas diterap lentok tarian kalari payat. |
|
Dan bila bola tiba, tangan bersiaga untuk mengilas mengikut rentak Cekak Hanafi. |
|
Bola terus dipukul bagaikan KL Gangster 2. |
|
Pukulan yang tepat ke sasaran. Ashraf sangat berpuas hati. Malam besok semua orang boleh makan satay free!! |
|
Datuk Zainal bersiap sedia. |
|
Datuk Zainal mengorak langkah. |
|
Datuk Zainal berfikir sejenak. |
|
Datuk Zainal akan buat servis dua bola sekali gus. |
|
Memegang bola sambil membaling bola. |
|
Bagai menanti bola tak gugur. |
|
Akhirnya bola turun dan pukulan dibuat. |
|
Satu servis ace untuk pihak lawan. |
|
Amy berkawal di jaring. |
|
Datuk Zainal jugak sedang berkawal di jaring. |
No comments:
Post a Comment