m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 16, 2015

TTC Inter-Team Tennis Challenge: Pertarungan bermula

Bahagian 1

17 Mei 2014 - Pada suatu malam yang hening, aku mendapat panggilan telefon dari Presiden Kelab Titiwangsa Tennis Community (TTC). "Hello. Abang Adi nak main untuk inter-team tak?" Tanpa berfikir panjang, terus saja aku menjawab, "Yaaaa!!!!" Aku memang suka kalau dapat masuk tournament macam ni. Kalau tournament besar sikit aku tak mampu menahan pressure. Dan tak boleh nak spend masa lama sangat dalam court. Setakat inter-team kira okay-lah jugak.

Ashraf sedang memberi taklimat mengenai penggunaan GST dalam game inter-team ini.
"GST untuk inter-team adalah 12%", kata Ashraf kepada pemain.
Ashraf menunjukkan borang pendaftaran insuran takaful yang mesti diisi oleh para pemain.
Joko sedang bersantai sebelum acara dimulakan.
Encik Presiden sedang memperagakan reket yang baru dibelinya di pasar borong Selayang sehari sebelum perlawanan dimulakan.
Kapten Grup Bakawali sedang buat regangan tangan sebelum mengangkat trofi yang bakal dimenangi nanti. Hehehe.
Joko sedang menghantar mesej kepada seorang bookie dari Singapore.
Salihin ternampak satu bayangan perempuan. Dia cuba nengok tunggang terbalik untuk memastikan ianya bukan makhluk halus.
Amy sedang menunjukkan Danial cara-cara nak pasang grip pada tangkai reket.
Zahari, Abe Shamsuri dan Kak Yan menanti giliran untuk bertarung.
Para pemain yang telah mendaftarkan diri ada 24 orang semuanya. Dan setelah cabutan undi dibuat, aku telah diundi untuk berada dalam satu grup dengan Amir (Kapten), Eddy, Hashim, Jimmy, dan Qimie. Grup kami dinamakan Grup Bakawali. Selain Bakawali, ada juga Grup Anggerik, Grup Cempaka dan Grup Dahlia. Semuanya bersempena dengan nama bunga. Jadi Mat Bungalah kami kali ni. Hu hu hu.

Beberapa hari sebelum tournament bermula, aku rasa macam tak boleh nak join-lah pulak pasal dah terbayang akan adanya beberapa agenda yang mendatang. Lalu aku ada memberi tahu Kapten Amir akan kemungkinan aku tak dapat main pada hari tu. Amir kata tak apa, pasal boleh diganti dengan pemain lain. Tetapi, kira-kira sehari atau dua hari sebelum tournament bermula, Amir call aku dengan nada cemas, tetapi sangat teruja. Amir kata aku kena jugak datang main pada hari tersebut. Sebabnya, menurut Amir, grup kamilah yang paling KUAT berbanding dengan grup-grup yang lain. Eh! Ya ke grup kami yang paling kuat? Aku terfikir sejenak. Bila difikir-fikir, betul jugak kata Amir tu. Amir (Kapten) merupakan juara terbaru Grand Slam US Open. Jimmy pulak juara single di Roland Garros. Eddy dan Hashim juara double Australian Open dan Dubai Open 2 tahun berturut-turut. Dan Qimie pulak adalah juara remaja dunia yang telah merangkul Gold Medal dalam Olimpik 2012. Yang paling koman sekali akulah. Yang lain-lain semua merupakan jaguh dunia. Sedangkan aku cuma sekadar juara ATP Malaysian Open 16 kali aje. So, kesimpulannya, grup kami memanglah yang paling kuat seperti mana kata Kapten kami, Amir.

"Pemain pukul bola aje tau. Jangan pukul pihak lawan pulak!" kata Ashraf kepada pemain.
Perlawanan pertama pada pagi itu.
Anggerik bertemu Bakawali.
Faiz mewakili Grup Anggerik. Qimie wakil Grup Bakawali.
Tetiba Zahari terkenang kampung halaman, nun jauh di Perlis.
Tiang lampu menjadi teman sejati di kala emosi sedang tersentuh.
Servis padu dari Amy. Peweeeet!
Presiden Faizal sedang bersiap siaga.
Qimie nak buat servis padu.
Bola dibaling ke udara.
Semakin dibaling, semakin tinggi bola melambung.
Dan terus hilang dari pandangan.
Ahh! Pukul angin ajelah. Nah!!
Qimie puas hati sebab jurus angin kencang tadi telah menggoyahkan pihak lawan.
Abang Halim dan Kapten Amir menyaksikan pertembungan gergasi-gergasi tenis.
Datuk Zainal turut bertanding pada Inter-team Edisi Pertama ini.
Pada hari yang dinanti-nanti, semua pemain datang awal dengan semangat yang meluap-luap. Ashraf selaku koordinator telah memberikan sedikit taklimat kepada pemain supaya tak berlaku salah faham dan kekeliruan ketika pertandingan dilangsungkan. Permainan pertama menyaksikan Grup Anggerik menentang grup kami - Grup Bakawali. Aku menjadi Umpirre pertama pertandingan ketika Eddy-Amir menentang Atok-Salihin. Berkesudahan dengan kemenangan kepada Grup Bakawali.

Bersambung...

Jimmy mementingkan gaya, mutu dan keunggulan ketika bertanding.
Faiz dari Kumpulan Anggerik akan membuat servis paling laju di alaf ini.
Mata pihak lawan ditenung tajam sampai pihak lawan jatuh pengsan.
Bersedia untuk membuat balingan bola.
Bola pun dibaling.
Terlalu tinggi sampai tersangkut di pokok berdekatan.
Mencuba membuat servis sekali lagi.
Lambungan bola kali ini lebih mantop.
Fokus melihat bola yang sedang naik tinggi.
Hingga mencecah Planet Musytari.
Bersedia untuk membuat pukulan servis.
Dan pukulan pun dibuat.
Kelajuan bola mencecah 523 km/jam.

No comments:

Post a Comment