12 Februari 2015 - Malam tu kereta aku tak berkunci. Pagi harinya, ketika aku nak hantar Amier ke sekolah, aku ternampak pintu kereta aku tak tertutup rapat. Alamak! Macam ada something happened aje. Aku terus cepat-cepat bukak pintu kereta aku. Aku nengok sun block flap kat atas kepala telah ditundukkan. Pintu compartment semua terbukak. Tempat ash tray pun terbukak jugak. Aku semak segenap kereta, kot-kot ada apa-apa yang hilang. Tak ada! Phew. Nasib baik. Lega rasa di dalam hati.
Setelah menghantar Amier ke sekolah, aku kena pergi kerja pulaklah dengan wife aku. Masa nak pakai sun glasses, barulah aku tersedar. Rupanya sun glasses jenama Ray Ban aku yang kena curi. Arghhh!!! Tak apalah. Salah aku. Lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Kerana penjenayah sentiasa menanti peluang yang terbuka.
|
Pintu kereta agak renggang. |
|
Ada orang bukak pintu ni ke? |
|
Pintu compartment terbuka. |
|
Pintu compartment yang kecil ni pun terbuka jugak. |
|
Kat sinilah sun glasses aku letakkan dulu. |
|
Penghadang silau matahari pun tertolak ke bawah. |
No comments:
Post a Comment