m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 4, 2015

Abang Mohd Nor mengahwinkan anak di Titiwangsa

27 Disember 2014 - Pagi Sabtu tu kami main tenis di gelanggang Titiwangsa. Selepas bermain, ramai-ramai pergi ke majlis kenduri perkahwinan anak Abang Mohd Nor. Tapi aku tak terus pergi. Aku balik rumah dulu. Siap-siap, pakai baju cantik-cantik, dan bawak wife dan anak-anak kami ke majlis di Titiwangsa tu. Masa kami sampai tu, hujan dah mula merintik. Semakin lama semakin lebat. Maka ramailah tetamu yang menumpang teduh di bawah khemah. Kami pun terus menghala ke khemah yang agak sesak tu. Kami jumpa satu meja di hujung khemah, dan kami makanlah kat situ. Sedap jugak lauk pauk yang dihidangkan.

Kami tak dapat duduk lebih lama pasal hujan masih turun. Ramai lagi para tetamu yang bertali arus datang dan ingin berteduh di bawah khemah. Kami ringkaskan kunjungan kami. Kepada Abang Mohd Nor dan isteri, kami ucapkan banyak terima kasih kerana telah menjemput kami. Dan kami ucapkan jugak Selamat Menerima Menantu.

Sebahagian tetamu yang hadir.
Suasana outdoor ini sangat menyamankan.
Wajah bapak pengantin - Abang Mohd Nor.

No comments:

Post a Comment