Bahagian 1
21 Oktober 2018 - Aku sangat pasti, ramai yang tidak perasan, kisah Festival Teater Malaysia 2018 yang aku kisahkan hampir tiga tahun lalu belum selesai sebenarnya. Walaupun ramai yang sudah tahu siapa yang menjadi juara, dan lain-lain kisah yang terpaut dengan festival ini, namun dalam entri blog aku, kisah-kisah itu masih belum diperlihatkan lagi untuk tatapan umum. Dan ada sebahagian daripada teman-teman kita yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Wajah-wajah mereka ada yang sempat dirakamkan di sini. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita kayuh! Gostan ke bulan Oktober tahun 2018 di Matic.
Biar aku recap, kumpulan teater mana yang dapat bertanding hingga ke peringkat akhir di Matic:
Mempersembahkan teater "Mahkamah Keadilan" karya Taufik Al-Hakim, terjemahan Nahmar Jamil, olahan dan arahan Prof. Dr Shark.
Mempersembahkan teater "Metamorfosa Kosong", adaptasi naskhah Les Justes, karya Albert Camus arahan Mohamad Asri Ibrahim.
Mempersembahkan teater "Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi" karya Seno Gumira Ajidarma, olahan dan arahan Noor Idlah Abdul Halim.
Mempersembahkan teater "Mat Derih Kola Perlih" karya Namron, dikonstruksi skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim, arahan Syafiq Syazim.
Mempersembahkan teater "Warga S" karya dan arahan Norhan Fahmie Rayza.
Mempersembahkan teater "Asrama Ra" karya Khairunazwan Rodzy, arahan Fendi Shah.
Acara pengumuman pemenang akan berlangsung dalam satu majlis gilang-gemilang pada sebelah malam di auditorium utama. Sebelah siangnya pula ada aktiviti-aktiviti lain, seperti bengkel yang berkaitan dengan teater, yang dipimpin oleh beberapa orang tokoh dan aktivis teater yang handal. Sebelah siang aku sedang bekerja di pejabat. Sudah tentu aku tak dapat turut serta dalam kesemua acara yang diadakan ini. Namun isteriku yang berpeluang menjadi salah seorang daripada sukarelawan urus setia festival di bawah Persatuan Teater Malaysia, sempat jugalah menyertai beberapa bengkel teater yang diadakan.
|
Bersama seorang tokoh teater. |
|
Bersama teman-teman dalam urusetia Festival Teater Malaysia 2018. |
|
Bersama Tuan Mubarak Majid, Tuan Zakaria Ariffin, Dato' Jalaludin Hassan dan Tuan Saifulkhairi. |
|
Bersama Abang Brahem, Hairi Safwan, Tuan Badrul dan Roslan Muhammad. |
|
Kelompok senior dalam teater. |
|
Dah habis bengkel dapat sijil. Hoooreeyyy!!! |
|
Bersama Profesor Dr. Shark dan Tuan Sakrani. |
|
Seronok dan gembira bukan kepalang. |
|
Okay, free style satu! |
Sementara menanti masuknya waktu solat maghrib, kami bersantai dulu di gerai makan dalam kawasan MATIC. Pekena teh tarik dulu. Boleh pekena juadah yang ringan-ringan dulu. Sambil sembang-sembang kosong. Cuma suasananya seperti sudah direncana supaya tajuk bicara tidak lari dari subjek teater. Maka kami bersembang pasal teater juga akhirnya, walaupun sesekali terselit tajuk bual yang sedikit tergelincir dari landasannya.
|
Abang Harun Hashim dan Abang Kamarul AR. |
|
Menikmati keenakan teh tarik. |
|
Dan sesekali menghisap rokok di jari. |
|
Masih menanti malam tiba. |
|
Kita minum dulu. |
|
Sedap betul teh tarik ni. Jom kita bagi satu lambang "good!" |
|
Tuan Badrul dan Abang Harun berpelukan. |
|
Lama tak jumpa gamaknya. |
|
Dean Sitara, Abang Rosli Rahman Adam, Abang Harun dan Abang Kamarul. |
|
Along Yusry dan Anisa. |
|
Zack Cool, Abang Rasdi dan Abang Mubarak Majid. |
|
Salman Al Farisi membuat pengumuman dari koridor atas. |
|
Abang Mubarak, Abang Zakaria dan Pak Abang. |
|
Masing-masing minum petang dulu sementara menanti acara kemuncak pada malam nanti. |
|
Dengan teh tarik masing-masing. |
|
Meja ini sangat happening forum santainya. |
Malam nanti ialah malam yang eksklusif. Pakaian mesti formal. Mesti cantik. Perempuan mesti pakai gaun. Lelaki mesti pakai blazer. Macam dalam majlis Academy Award. Itulah yang aku dapat tahu dari isteri aku. Lalu aku siapkan sepasang baju ala-ala tuxedo untuk dipakai dalam majlis malam nanti. Hari itu aku bekerja di pejabat macam selalu. Dari pejabat aku akan terus ke Matic untuk merai dan memeriahkan majlis penyampaian hadiah sempena Festial Teater Malaysia 2018. Aku dapat pas khas ihsan Persatuan Teater Malaysia. Jom kita terjah masuk panggung!
Bersambung...
|
Dan bersiap nak masuk panggung. |
|
Bergambar di red karpet dulu. |
|
Lighting yang dramatik! |
|
Bersama pengacara pada malam itu. |
|
Bersama teman-teman dalam Persatuan Teater malaysia. |
|
Bersama pengacara pada malam itu - Ain Sufia. |