Bahagian 1
16 Mac 2017 - Tarikh ini macam tak bagi makna apa-apa kepada kebanyakan orang. Betul kan? Sebab memang kebanyakan orang tak ada kena mengena langsung dengan tarikh ni. Tapi tarikh ini adalah sangat-sangat penting dan keramat kepada sebahagian orang. Khususnya buat calon-calon yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 lalu. Hari ini merupakan hari keluarnya keputusan SPM yang dinanti-nantikan oleh semua yang bersangkutan. Dan hari yang sangat mendebarkan kepada calon-calon SPM 2016 dan ibu bapa mereka. Kami tidak terkecuali.
|
Dewan tempat keputusan SPM 2016 akan diumumkan. |
|
Para pelajar perlu beratur di sini untuk mendapatkan keputusan mengikut kelas masing-masing. |
|
Dari kiri: Syahmie, Akmal dan Aiman. |
|
Di kafeteria, anak-anak berebut-rebut mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat. |
|
Sambil minum, sambil tengok handphone. |
|
Anak-anak mendapatkan tempat duduk yang paling strategik untuk memulakan makan. |
|
Tak silap aku ini nasi ayam. |
|
Berselera sungguh mereka makan. Aku tumpang seronok. |
|
Dari tahun 2011 aku dah target nak memancing kat sini. Kalau Ustaz Muslim masih di sini, aku nak mintak tolong dia bagi pass kebenaran untuk memancing. |
Kami diberi tahu keputusan akan keluar sekitar jam 10 pagi. Maka kami telah bertolak dari Kuala Lumpur sekitar pukul 7.15 pagi, setelah solat subuh. Kami ingin menjadi di antara yang terawal sampai ke sekolah. Nak ambil mood dulu. Biar tak terkejut bila menerima keputusan periksa nanti. Sarapan pun tak sempat. Memang kami sangat tergesa-gesa. Aku pandu kereta pun sangat laju, sampaikan terlajak kereta kami ke Singapura. Terpaksa aku patah balik dari Singapura ke Gemencheh. Kali ni bawak slow sikit. Takut terlajak kali kedua sampai membawak ke Perlis pulak. Akhirnya kami sampai jugak dengan selamat kira-kira jam 9.30 pagi. Syukur.
|
Pentas masih kosong. |
|
Antara yang terawal masuk ke dalam dewan. |
|
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 - Lutfi dan Umar sebagai pengacara bersama. |
|
Seronok dapat berjumpa kembali setelah sekian lama. |
|
Seronok di luar, tapi gementar di dalam. |
|
Para petugas sedang berbincang cara bagaimana untuk melaksanakan tanggung jawab secara efisien. |
|
Para staf MRSM sedang menjalankan tugas masing-masing. |
|
Aidil telah mengetahui keputusannya lebih awal melalui on-line SMS. Rakan-rakan memberikan ucapan tahniah di atas pencapaian cemerlangnya. |
|
Sekelompok yang lain masih meneka-neka keputusan masing-masing. |
|
Melakukan aktiviti sampingan bagi menghilangkan gemuruh. |
Masa tu dewan masih lengang. Tak ramai orang yang ada kat kawasan sekolah. Cuma ada beberapa buah kereta aje. Dan beberapa orang pelajar yang berlegar-legar mencari teman. Syahmie terserempak dengan kawan-kawannya yang sampai awal. Kami biarkan Syahmie bersembang dengan kawan-kawan yang ada kat situ. Sementara aku dan isteri yang sedang kelaparan dan kehausan pergi mencari kafeteria yang letaknya bersebelahan dengan surau. Kami pekena air panas, dan duduk berehat sambil melihat tingkah anak-anak bersemangat makan nasi ayam yang dijual di kafeteria. Mereka makan dengan sangat berselera.
Bersambung...
|
Umar masih menjadi pengacara majlis sambil mendendangkan lagu-lagu Melayu asli serta ghazal.. |
|
Syahmie bersama Syakir dan Akram. |
|
Masih bersama Syakir dan Akram. Tak salah aku, Syakir datang dari Pahang. |
|
Zul yang berbaju merah join sekaki. |
|
Masih duduk bersama berempat. |
|
Imran yang berbaju hijau pun nak enter frame. |
|
YDP Muafakat Ir Zahairi dan Pengetua Tuan Hj Ghazi. |
|
Berdoa beramai-ramai untuk kebaikan bersama. |
|
Syahmie bersama Syakir, Adib dan Zul |
No comments:
Post a Comment