m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 13, 2017

Koas + Anis: Menanti santapan siang

Bahagian 6

Setelah kami, dan sekelian para hadirin dan hadirat makan sarapan, kami pun duduk bersantailah di meja makan sementara tetamu masih belum ramai yang datang. Kami menanti saat untuk makan siang pulak. Nasi minyak dengan lauk ayam masak merah, rendang daging, dalca, dan kari kambing. Ditambah pulak dengan buah-buahan tempatan dan antarabangsa, serta manisan dari seluruh jagat dunia.

Wawan heppi pasal perutnya dah berisi.
Adrian di samping nenek dan ibunya.
Tiga orang biras - Hairi, Hafez dan Fai.
Tiga orang biras dan seorang ipar yang tiba-tiba enter frame.
Fai dan Pian. Memang jarang berjumpa pasal lokasi yang berjauhan.
Melayan hero cilik.
Zuan dan Hairi menghabiskan masa di meja bulat.
Tiba-tiba topik yang sangat serius diutarakan, yang telah menarik perhatian Hairi dan Hafez.
Baby dalam dakapan pakcik-pakcik muda.
Syura melayan si kecil, Harith.
Bersama Kak Long.
Sembang besan.
Hal anak-anak.
Di meja-meja bulat dengan hamparan warna ungu, kami menunggu. Sambil berbual. Sambil berborak. Sambil bersembang. Bercerita. Berkisah. Bergebang. Bergurau senda. Berlawak jenaka. Berlipur lara. Maka tak terasa masa itu panjang. Atau penantian itu lama. Atau menunggu itu seksa. Pantas sungguh masa bergerak. Cepat waktu berlalu. Detik menderu laju. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak, tengah hari sudah semakin menghampir.

Sabriena bertemu lokasi yang hebat di satu sudut halaman rumah.
Buaian tona emas.
Melentok dihembus bayu siang.
Sambil makan kek cawan perasa cokelat.
Waktu inilah kami saling mengenali di antara satu sama yang lain. Kak Esah berbual panjang dengan besannya. Syahmie bertemu dengan rakan satu sekolahnya. Yang rupa-rupanya bersaudara dengan pengantin perempuan. Yang kecil sibuk bermain. Main buaian, main handphone, atau sekadar berlari-lari, kejar mengejar sambil bergelak ketawa. Kerana kami semua tahu, loceng amaran bakal dibunyikan. Gegendang telinga bakal dibingitkan dengan dengung nyaring loceng. Dan akan ada yang lantang berteriak, "Jom makan tengah hari!! Nasi dah dihidang!!!"

Bersambung...

Kak Shidah dan Kak Timah dengan buah delima di tangan masing-masing.
Manis gamaknya buah delima ni.
Pasangan Atika dan Rusydi.
Allahyarham Abang Hj Khalid dan Abang Leman.
Faiisal dan Akid berbual soal kekosongan.
Yaya dan Safiah.
Saiful minum air mineral dekat 15 liter banyaknya.
Syahmie masih menjaga beg Sabriena.
Brader cameraman akhirnya diambil juga gambarnya.

No comments:

Post a Comment