m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, March 10, 2017

Koas + Anis: Detik awal suami isteri

Bahagian 4

Maka telah termaktublah di dalam sejarah bahawa Koas telahpun bernikah dengan Anis. Sejurus menjadi suami, Koas terus menghampiri isterinya, Anis. Mas kahwin sejumlah yang telah dipersetujui dihulurkan kepada Anis. Anis menerimanya dengan hati terbuka. Dengan senyuman melebar. "Oooohhh... Begini perasaanya menjadi suami," bisik Koas. "Oooohhh... Begini perasaannya menjadi isteri," bisik Anis.

Setelah menyerahkan mas kahwin, Koas mencapai seutas rantai tangan emas untuk dipakaikan ke pergelangan tangan Anis. Terketar-ketar Koas ketika mencuba mencangkukkan rantai emas itu. Anis sekadar memerhati riak suaminya yang sedang gemuruh itu. Para makcik yang ada di sekitar, terpaksa membantu, sehinggalah rantai emas itu berjaya dipasangkan dengan sempurna. Selain rantai tangan emas, turut disarungkan sebentuk cincin emas ke jari Anis.

Koas menyerahkan mas kahwin kepada Anis.
Anis menerima dengan tangan terbuka.
Masih menatang mas kahwin bersama-sama.
Sekarang Koas nak memakaikan rantai emas di pergelangan tangan Anis pulak.
Masih terkial-kial mencuba.
Susah betullah pulak.
Masih belum putus asa.
Dalam kepayahan, Koas masih mencuba.
Rantai tangan telah dipakaikan. Begitu juga dengan cincin.
Anis memerhatikan tangannya yang telah dipakaikan barang kemas.
Acara selanjutnya adalah sesuatu yang tak pernah aku tengok sebelum ini. Acara minum susu kambing. Aku diberi tahu yang ini adalah satu amalan sunnah. Tapi tak ramai orang yang buat. Bermakna tak ramailah orang yang tahu. Susu kambing itu turut diadunkan dengan badam bagi menambahkan khasiatnya. Mula-mula Anis yang minum. Beberapa teguk kecil. Kemudian Koas pula yang minum. Gluk gluk gluk gluk gluk. Habis satu gelas. Sedaplah pulak. Koas mintak lagi. Maka supply kat dapur pun dikeluarkan. Satu jag besar. Koas habiskan kesemuanya. Para hadirin yang nampak Koas minum dengan penuh berselera tiba-tiba teringin jugak untuk merasa minuman yang kelihatan enak itu. Terpaksalah tuan rumah mencari susu kambing untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Cari punya cari, masih tak ketemu, walaupun telah dicari ke serata taman. AEON Big, Giant, Mydin, Tesco, semua tak jual susu kambing. Entah macam mana, secara tak semena-mena, melintas pulak seekor kambing betina sihat di hadapan rumah pengantin. Kebetulan tuan kambing tu nak jual kambing tu sebab nak pakai duit nak beli motor baru. Apa lagi, teruslah tuan rumah beli kambing itu dengan harga yang kompetetif. Para tetamu terpaksa memerah sendiri susu dari kambing yang baru dibeli. Maka dapatlah sejumlah susu yang agak banyak untuk diagih-agihkan kepada sekelian hadirin dan hadirat. Burrrppp! Aaaahhhh... Sedapnya!

Masa untuk minum pulak..
Anis minum susu kambing. Sedap rasanya.
Anis dah minum susu kambing. Anis dah kenyang.
Koas pulak minum susu kambing. Koas minum susu kambing sampai habis.
Koas dah kenyang. Tak larat nak bangun.
Koas duduk bertafakkur seketika.

Sesudah memakaikan Anis dengan rantai tangan dan cincin, setelah minum susu kambing, Koas kembali menemui juru nikah dan Ustaz. Juru nikah mengucapkan tahniah kepada Koas. Hadirin yang lain turut bersalaman dengan Koas. Bersyukur kerana seluruh acara telah berjalan dengan lancar. Sessi bergambar adalah acara yang seterusnya. Walaupun majlis ini ringkas, namun wajar dirakamkan sebagai kenangan. Tahniah Koas dan Anis.

Bersambung...

Juru nikah mengucapkan tahniah kepada Koas.
Koas menghulurkan sedikit sumbangan.
Bersalaman dengan saudara-mara.
Rombongan keluarga Koas.
Koas dan Anis dengan barang-barangn hantaran.
Seronoknya mereka berdua.
Masih dengan barang hantaran.
Jom kita bersalam-salaman.
Dan bermaaf-maafan.
Di hari raya yang mulia ini.
Bergambar dengan ibu dan ayah.
Foto famili yang pertama.

No comments:

Post a Comment