m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 18, 2014

2 Syawal: Enaknya makan kat rumah Makcik Mini

29 Julai 2014 - Setelah beraya di rumah Nek Wok, kami terus mara ke hadapan, dari Bukit Badung ke Assam Jawa. Kami tahu bahawa kami akan sampai di rumah Makcik Mini pada waktu makan tengah hari. Dan kami juga tahu ada sesuatu yang istimewa sedang menanti kami di kediaman Makcik Mini. Sepanjang perjalanan yang singkat menghala ke Assam Jawa, sempat jugaklah perut-perut kami bernyanyi-nyanyi lagu keroncong dalam nada kegembiraan sebab tak sabar-sabar rasanya untuk dimuatkan lauk pauk dan minuman hebat ke dalam perut ini.

Syahmie dan Amier sedang menikmati juadah istimewa.
Farid terkedu sejurus makanan enak itu menembusi tekaknya.
Inilah lauk hebat yang kami makan pada tengah hari itu di rumah Makcik Mini.
Tak sampai pun setengah jam memandu di atas jalanraya yang tak begitu sesak, kami telah pun sampai di rumah Makcik Mini dengan selamatnya. "Assalamualaikum! Kami datang nak makan!!" Bukan kami yang berkata sedemikian, tetapi perut-perut kami. Kami terus naik ke atas rumah. Bersalaman dengan Makcik Mini dan anak serta cucu-cucunya. Lantas menuju dapur kerana di situlah peta minda kami telah menunjukkan arahnya. Sejurus berada di muka dapur, pergh! ...maka terlihatlah kami akan kewujudan tiga mangkuk/piring utama yang perlu kami ambil perhatian sepenuhnya. Satu, mangkuk berisi daging masak lemak cili api versi pedas biasa. Dua, mangkuk berisi daging masak lemak cili api versi pedas membakar rentung. Dan tiga, piring berisi ikan tenggiri jeruk goreng. Gabungan ketiga-tiga juadah ini bakal menggoncang naluri serta tembolok kami yang dahagakan suatu jenis keenakan yang dapat diabadikan untuk suatu jangka masa yang sangat lama.

Amier teruja dengan keenakan teh tarik ramuan asli Makcik Mini.
Syahmie dan Sabriena.
Sabreina ceria didukung abangnya.
Nasi kucedok ke dalam pinggan. Setinggi Gunung Tahan himpunan biji-biji nasi meninggi memenuhi pingganku. Dan aku pun mencedok kuah dan lauk lemak cili api. Kedua-dua versi perlu digabungkan untuk menikmati keenakan hakiki. Cuilan tenggiri jeruk goreng memantopkan lagi kombinasi setiap suapan yang kusuakan ke mulutku. Nyomp nyomp nyomp. Pergh! Terbaek!! Pinggan ku licin berkilat dalam masa yang sangat singkat. Lalu kucedok lagi nasi tambah. Kali ni nasi yang kucedok menggunung tingginya di dalam pingganku - setinggi Gunung Kinabalu. Cedok lauk. Cuil ikan jeruk. Gaul. Suap. Dan argggghhhhhh!!!! Bagai nak pengsan rasanya ketika gaulan nasi dan lauk mencecah lidah dan tekakku. Aku makan sampai perutku membuncit macam bola. Aku terpaksa merangkak dari dapur untuk ke ruang tamu kerana berat badanku bertambah lebih 20 kilo serta merta.

Menjengah handphone sebentar.
Teh tarik time.
Setelah menunaikan solat zuhur, kami ke ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu. Di atas meja telah terhidang teh tarik ramuan istimewa Makcik Mini. Ini juga merupakan satu lagi tarikan buat kami untuk sering berkunjung ke rumah Makcik Mini. Malah ia jugak merupakan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, dan juga makhluk asing dari planet-planet berdekatan juga yang memang selalu terigau-igau akan kesedapan teh tarik ramuan keluarga Makcik Mini anak-beranak. Aku cuma mampu minum beberapa gelas sahaja sebab dah tak ada ruang lagi dalam perutku akibat makan nasi terlalu banyak sebentar tadi.

Bersama pokok jambu batu di pinggir pagar.
Memetik buah jambu.
Ibu dan anak mengaut hasil kebun.
Apa yang best-nya beraya di kampung adalah kita boleh menuai hasil tanaman dari pokok-pokok buah-buahan atau sayur-sayuran. Kat rumah Makcik Mini ada pokok rambutan yang telah pun berlalu musim berbuahnya. Jadi tak dapatlah kami mengait buah rambutan pada ketika itu seperti beberapa tahun sebelumnya. Mataku terus liar mengitari halaman rumah Makcik Mini. Yang aku nampak adalah sebatang pokok jambu batu jenis tak komersil dekat pagar. Aku mintak kebenaran dari Makcik Mini untuk memetik buahnya. Makcik Mini izinkan kami menuai hasil. Tetapi katanya buah itu tak sehebat mana pun rasanya. Makcik Mini dan anak-anaknya pun dah tak makan lagi buah tu. Malah buah yang dah ranum dibiarkan gugur atau dimakan burung saja. Tapi oleh kerana dah tak ada buah lain untuk dituai hasilnya, tuai buah jambu batu jalanan pun kira okay jugaklah. Dan bila dah petik, kami cuma makan sedikit aje. Yang selebihnya, korang pun tau-tau ajelah - masuk perut tong sampah.

Buah-buahan ni nanti bolehlah dijual di pasar malam nanti.
Amier baru nak keluar rumah untuk ke kebun.
Amier petik buah jambu.
Buahnya sangat banyak, dan banyak jugak yang jatuh berguguran.
Bincang hal serius - adik dan kakak.
Membayangkan nasib penumpang nahas MH17.
Sabriena minum susu sambil baring kat atas lantai simen pulak.
Tengok kakak main handphone.
Sabriena dengan dua orang dua pupunya.
Setelah selesai melakukan kesemua aktiviti tersebut, kami bersalaman dengan keluarga Makcik Mini. Tahun ni aku memang banyak ambil group photo untuk kenangan pada bulan Syawal. Lepas ni ada dua buah rumah lagi yang kami akan pergi - rumah Wak Ros dan rumah Sutris. Sebelum pulang, kami dibekalkan oleh Makcik Mini dengan empat bekas air teh tarik spesel. Bekas tu kami yang punya, bawak dari rumah. Amalan ni memang dah biasa kami lakukan sejak beberapa tahun yang lepas. Kepada Makcik Mini dan keluarganya, kami ucapkan Selamat Hari Raya dan banyak-banyak terima kasih.

Ibuku dengan adiknya - Makcik Mini.
Adik dan kakak yang akrab.
Berpelukan sebelum pulang.
Macam biasa  - group photo.
Bersama sebahagian keluarga Makcik Mini.
Kebetulan keluarga sepupuku - Izhar ada di rumah kali ni.
Last shot beramai-ramai.
Amier dengan empat bekas air yang sarat berisi air teh tarik Makcik Mini.

No comments:

Post a Comment