m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, August 7, 2014

1 Syawal di rumah Mak Uda: Pertama kali jadi tuan rumah

Bahagian 1

28 Julai 2014 - Pada hari pertama Hari Raya biasanya kami berkumpul di rumah Kak Long. Tapi pada tahun ni ada lain sikit. "Oooh, suda tuka aaahh?" Kak Uda dan Abang Zahid telah menjadi host bagi meraikan tetamu adik beradik yang datang beraya pada hari itu. Pada sebelah siangnya, kami anak beranak beraya di rumah Wak Chong di Kg Baru. Dari Kg Baru, barulah kami ke Ampang untuk berkumpul dengan adik-beradik dan ipar-duai yang lain.

"Hidup Melayu!!" laung pemuda-pemuda jalanan ni.
Kois mempamerkan durian gajah yang sangat besar. Macam gajah besarnya.
Kois menggunakan ilmu kupas durian yang dipelajarinya di Gua Niah.
Kami sampai kira-kira jam 4 petang kot. Dah ramai saudara-mara yang ada kat perkarangan rumah Kak Uda. Semua berpakaian lawa, warna-warni, baru, anggun, mutu dan bergaya. Yang laki-laki nampak super hensem. Yang perempuan nampak super ayu. Al-maklumlah, hari ini kan Hari Raya! Aku macam agak kepenatan sikit pasal malam semalamnya tak berapa nak tidur. Terpaksa pulun kemaskan kotak-kotak barang yang bersepah kat ruang porch rumah. Setelah berhempas pulas sepanjang malam raya, akhirnya beres jugak operasi besar-besaran mengemas ruang hadapan.

Nana sangat teruja pasal mendapat duit raya dari Mak Usu-nya.
Syafiah bersalaman dengan Mak Usu.
Intan masih di dalam dilema. Tak tau nak pilih sampul warna apa.
Kamiliya menerima habuannya pada petang raya itu.
Shahira nak ambil angpau raya, tapi malu-malu.
Antara yang hadir di rumah Kak Uda.
Amin tak sabar-sabar nak tahu apakah isi sampul angpau.
Shura akan menggunakan duit raya yang dibagi Mak Usu untuk membuka ladang anggur.
Bersama Shakirah.
Ketika di rumah Kak Uda, aku bagaikan zombie Kampung Pisang. Kat depan rumah Kak Uda, telah bergolek beberapa biji durian kampung yang dibawa oleh En Hasni dan Kak Ogie. Kami kupas dan makan beramai-ramai. Sedap jugak. Power jugak. Dapatlah makan sorang sedikit. Jadilah. Hati gajah sama dilapah. Hati nyamuk sama dicecah. Lepas makan durian, aku pun bersendawa, "Heeeeeerrrrrrgggghhhhh!!!" Dan terkeluarlah gabungan bau lempuk dan tempoyak yang sangat menusuk hidung. Menjadi pembuka selera untuk makan  makanan yang sedia terhidang di depan mata.

Mukamil sedang sibuk bermain bunga api berbentuk bunga raya.
Adam sedang memanaskan tubuhnya dengan bunga api.
Teruna-teruna Melayu terakhir idaman se-Malaya.
Menanti time makan round kedua.
Bersama Kak Esah.
Pemuda-pemuda kampung sedang berbincang tentang cara-cara nak menternak lembu susu.
Jom kita serang Israel pakai roket KLCC.
Masing-masing menunjukkan penumbuk buaya mereka yang berbisa.
Syafiq mententeramkan Taufiq yang sedang bersemangat untuk menumbuk tentera Israel dengan penumbuk buayanya.
Inilah pemuda harapan dunia.
Akid sedang mententeramkan Abby yang dah tak sabar-sabar nak smash tentera Israel dengan reket badmintonnya.
Seperti hari-hari raya rahun sudah, duit raya diagih-agihkan kepada kanak-kanak dan orang-orang besar yang mengaku masih kanak-kanak. Isi wang dalam sampul angpau taklah banyak sangat. Sekadar cukup nak belanja sarapan aje. Jadilah. Bak kata Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi, "Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak."

Ada jugak aku lihat kanak-kanak mengambil kesempatan bermain bunga api pada waktu siang. Tak berapa nampak api dia pasal suasana masih cerah. Yang nampak cuma asap yang menebal yang boleh menjadi penghalau nyamuk aedes yang kini sedang bermaharajalela menguasai kawasan bandar.

Amier dan Adam tekan loceng rumah jiran. "Kami nak datang beraya!"
Tuan rumah masih belum bukak gate lagi.
Abang Zahid dengan ipar-iparnya.
Encik Hasni dan Kak Ogie. Serba merah.
Abang Karim melihat Kamiliya makan durian.
Kamilia tengah khusyuk makan durian. Tak tinggalkan sedikit pun untuk ayahnya.
Setelah seketika duduk di rumah Kak Uda, Abang Zahid memanggil semua tetamu untuk berkumpul di ruang depan rumah untuk membaca tahlil ringkas bersama-sama. Aku jadi tok ketua mengendalikan tahlil pada petang tu. Dalam keadaan agak kezombian, aku pun terus membaca tahlil. Aku rasa ada beberapa kali aku tersasul dan terlupa ayat-ayat yang hendak dibacakan. Al-maklumlah, tengah letih dan mengantuk. Tapi bacaan doa diteruskan jugak sampailah selesai. Moga-moga diterima Allah s.w.t.

Bersambung...

Majlis tahlil dimulakan.
Aku mengedalikan majlis tahlil pada petang tu.
Khusuk bertahlil.
Ramai jugak kaum keluarga yang datang.
Melayan cucu.
Melayan makanan.
Melayan perasaan.
"I tak layan apa-apa. I layan kamera aje".
Eida dengan Yaya. Bukan Yaya Toure ya!
Aktiviti masa lapang di pinggir tangga.
Dah dapat duit raya. Nanti nak beli telefon baru.



No comments:

Post a Comment