m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 11, 2012

Sepandai-pandai tikus melompat

Bak kata orang-orang tua - sepandai-pandai tikus melompat, akhirnya jatuh ke perangkap juga. Bak Karam Singh Walia cakap - kucing tak bergigi, tikus menari-nari. Bak aku cakap - kucing tak ada gigi, tapi orang banyak gigi. Tikus melompat tinggi, terus masuk perangkap lagi!

Semalam, operasi menangkap tikus yang kami perasan dah mula bermaharajalela telah dimulakan lagi. Memang dah lama kami nampak kesan gigitannya pada bekas-bekas makanan, atau makanan yang tertinggal atas meja seperti tepung dalam plastik, pisang, biskut dan roti. Semua diratahnya. Tapi kelibat tikus masih kami tak nampak, untuk sekian lama.

Satu malam tu aku terdengar bunyi bising kat dapur. Dan aku turut ternampak seekor tikus besar sedang menari-nari ikut rentak zapin. Tikus itu kegembiraan kerana kucing-kucing kami yang lapan ekor tu semua kami tempatkan kat luar rumah. Jadi tikus itu berasa selamat dari ancaman maut. Lalu aku pasang perangkap. Tak mengena. Mungkin salah lokasi, atau salah umpan. Malam keduanya, aku ternampak ia melompat-lompat di suatu sudut dapur yang penuh dengan makanan. Aku sangat terkejut sehinggakan tanganku yang sedang memegang ayam goreng terlepas dari genggaman dan terjatuh di lantai. (Yang ini cerita betul. Memang ayam tu terpelanting. Seriously!) Lalu aku ambil perangkap tikus berumpankan cheddar chesee, makanan kegemaran para tikus sedunia dan meletakkannya berhampiran dengan tempat tikus tadi bermain-main. Lalu lampu dapur aku padamkan dan aku terus masuk tidur.

Terjerat dan tak bisa terlepas lagi!
Esok paginya, aku nengok ada seekor tikus sebesar anak kerbau terperangkap dalam sangkar besi bak penjara. Aku sangat gembira dengan pencapaian ini. Sangkar ini memang telah sangat berjasa kepada aku. Ratusan, malah ribuan tikus-tikus durjana telah berjaya kujerat menggunakan perangkap ini. Dan yang seekor ini hanya menambahkan lagi koleksi peribadi aku. Aku serahkan tikus itu kepada orang gaji ku - "The Butcher" untuk melunaskan tikus tadi. Aku pun tak tau dia buat apa dengan tikus tu. Tau-tau bila aku balik dari kerja, tikus tu dah tak ada. Jangan dia buat lauk makan malam sudah. Memang kebetulan ada lauk daging masak lemak cili api yang lembut dan sangat enak malam tu. Hmmmm... daging apakah itu?

Bersama keju yang telah memperdayakannya.

2 comments:

  1. Syabas, Inspektor Adi!

    Pinjam gambar tikus boleh? tadi pun kami dapat tangkap si-durjana kat siling ofis ni, tapi kamera hp tak cun pula,,

    ReplyDelete
  2. Bro Dolah, nak pinjam gambar tikus boleh. Nak ambik terus tikus dia pun tak apa. Asal jangan ambik jerat dia sudah. Jerat tu ada sentimental value. Banyak dah tangkap penjenayah.

    ReplyDelete