Hari ni hari terakhir dua orang pelajar Politeknik Port Dickson, Fadli dan Zafran buat praktikal di ofis kami. Jadi Azni mencuba-cubalah mengecek akauntan kami, Kamal menanyakan kot-kot ada duit lebih untuk belanja bebudak tu makan tengah hari. Kira makan farewell-lah. Tapi sebenarnya kami yang permanent staff yang dah kebulur nak makan pakai duit ofis. Check punya check, Kamal kata adalah sikit untuk buat makan-makan. Jadi dia pass RM100 kat Azni untuk acara makan-makan tengah hari ni.
Pelajar Fadli dan Zafran ni memang sangat murah dengan senyuman. Senang hati, senyum. Susah hati, senyum. Tengah tak ada apa-apa emosi pun mereka boleh senyum. Memang tak susah nak nengok mereka senyum. Berserilah sikit ofis tu kalau mereka berdua ni ada.
Kami pergi cari makan lepas solat Jumaat kat Bandar Baru Bangi. Mula-mula Azni suggest makan western style kat restoran D'One Steak. Sampai-samai aje kat situ, restoran tu macam tengah tutup aje. Bila tanya orang kedai tu, dia kata bukak pukul 4 petang nanti. Alamak! Kena tukar kepada plan B lah nampaknya. Ahmad pulak cadang makan nasi beriyani kat kawasan berdekatan situ jugak. Kami pun terus menghala ke situ. Kedai memang terbuka luas. Dan kami pun masuklah kat dalam. Bila masuk aje, kami ternampak kelibat Menteri Besar Pahang - Dato' Sri Hj Adnan Hj Yaakob. Aku rasa macam nak tegur, tapi seganlah pulak. Dia ditemani dua orang rakan. Masa kat restoran tu aku tengah lapar sangat. Maklumlah, dah pukul 3 petang. Aku, Ahmad dan Zafran order nasi beriyani kambing. Fadli order nasi beriyani ayam. Dan Azni, dia kurang gemar makan nasi beriyani, jadi Azni order chicken chop.
|
Depan kedai Bangi Biryani House. |
|
Kami makan tengah hari tadi berlima orang aje. |
|
Zafran dan Fadli sangat gembira dapat makan kambing dan ayam beriyani. Mantoppp!!! |
Bila makanan datang, aku tak tunggu lagi. Terus mencedok nasi masuk ke mulut dan menolak sampai ke tembolok. Memang aku tengah lapar sangat. Orang kat Afrika pun tak pernah lapar macam aku lapar. Meh aku buat review sikit pasal makanan kat sini. Nasi dia memang enak walau dimakan begitu saja. Masakan kambingnya pun mempunyai rasa yang agak sederhana. Amat sesuai dipadankan dengan nasi tadi. Acar buahnya jugak sedap. Harga sepinggan beriyani kambing ialah RM13 lebih. Kambingnya agak fresh. Mungkin baru disembelih pagi tadi. Malah masa aku gigit daging kambing tadi, daging tu masih mengembek pulak lagi, menandakan ia masih segar. Secara keseluruhannya, juadah nasi beriyani kat sini sedap, tapi tidaklah terlalu hebat. Tapi memang lebih sedap dari beberapa tempat yang pernah aku kunjungi. Airnya pulak aku order air teh tiga rasa. Dia macam three layer tea atau teh-C special jugaklah. Benda yang sama tapi gelaran lain-lain. Agak sedap. Tapi aku rasa sedap lagi yang dijual di Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Harga segelas air teh tiga rasa panas ialah RM4 lebih. Gelasnya memang besar. Boleh berenang-renang dalam gelas tu.
|
Inilah sepinggan nasi beriyani kambing. |
|
Inilah teh tiga rasa panas dalam gelas besar. Enak jugak. |
Bila dah habis makan, kami pun nak pergi bayarlah menggunakan duit RM100 yang Kamal bagi pagi tadi. Bila sampai kat cashier, dia kata makan tengah hari kami tu dah pun dibayar oleh Dato' Sri Adnan. Alamak! Kami berasa sangat bersyukur dan bergembira. Tapi agak ralat pasal tak sempat nak ucap terima kasih kerana belanja kami makan. Aku cuma ucap terima kasih dalam FB ajelah. Bagi pak-pak menteri atau mana-mana ahli politik yang teringin nak belanja orang makan, carilah kami. Mulut dan perut kami sentiasa terbuka luas untuk dibelanja. Rezeki hari Jumaat yang Allah bagi melalui orang-orang tertentu.
|
YAB Dato' Sri Adnan Yaakob belanja kami makan secara kami tak sedari. |
No comments:
Post a Comment