m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 12, 2011

Raya-raya di ofis

Jumaat lepas staf aku Azni kata jom buat makan-makan raya kat ofis. Yang lain tanpa banyak bantah cakap okay. Hari ni masing-masing bawak makan untuk enam buah perut yang kebuluran. Kalau enam orang bawak makanan sebanyak tu maka jumlah makanan tu akan menjadi cukup banyak untuk diisi ke dalam tiga puluh enam perut. Bayangkanlah berapa punya banyak makanan yang terhidang kat atas meja meeting room. Termenung kami semua memikirkan macam mana nak bagi habis semua makanan.

Makanan yang sebegitu banyak untuk orang yang sebegitu sikit.

Azmi termenung melihatkan makanan yang terlalu banyak.

Ahmad, Abou dan Azni tak segan-segan mengaut juadah.

Azmi dan Najmi gembira dapat makan di bulan Syawal.

Abou dan Azni tengah khusyuk menghadap makanan.
Lalu kami ajak orang ofis tingkat bawah. Hanya Bani sorang aje yang join. Yang lain macam malu-malu sikit pasal kami tak pernah bertegur sapa. Bani memang peramah dengan semua orang. Lepas baca doa makan yang panjang lebar sampai semua orang tak sabar, akhirnya kami pun makanlah tanpa rasa segan silu. Buat apa pulak nak segan, kami-kami aje yang makan. Baru makan sikit dah kenyang. Kami tapau-kan sedikit makanan untuk Bani bawak turun bawah ke ofisnya.

Bani memperlihatkan kamera XLR Sony-nya.
Sambil makan tu, geng-geng yang terer pakai camera XLR seperti Azni, Najmi dan Bani pun berdiskusilah secara intelektual pasal kegunaan dan kebolehan kamera masing-masing. Aku, Ahmad dan Azmi yang kurang arif ni sekadar mendengar dan mengiakan saja tanpa sebarang emosi. Selepas tengahari berlalu pun makanan masih banyak lagi. Kalau geng-geng kuat makan ada seperti Wan dan Azwan, pasti boleh habis makanan semua tu. Sayangnya mereka dah resign dari ofis ni. Ada siapa-siapa nak aku tapaukan?

Najmi dan Azni tercengang-cengang mendengar penerangan Bani. Azmi menengok dengan penuh kebuntuan.

No comments:

Post a Comment